assalamualaikum w.b.t
ha..bila ada mood nak update, satu hari pon boleh update 2-3 kali...
update yg tak memerlukan pemikiran sgt kita boleh la update laju2..
update yg memerlukan idea dan penulisan yang bernas, minta maaf la kita peram dulu ye..
masa mengandungkan Afiqah hari tu hati meronta-ronta nak makan sagu gula melaka.
tapi al pemalas lipas sangat nak buat sendiri.
elok pulak hujung trimester tu jatuh bulan ramadhan.
gigih suruh adik beradik payungkan sagu gula melaka kalau jumpa kat param.
dapat la juga, tapi rasa dia boleh la boleh la. hehehehehe
lepas habis pantang hari tu ingat nak puasa ais.
tapi x dapat nak oiiiii.....ais tu sendiri tak sengaja masuk perut ni ha.
hampeh je...
tapi Cik Den idok le kokak ais hari-hari.
Cik Den limitkan la ais-ais ni...
ni Cik Den nak bagi resepi sagu gula melaka sebab minggu lepas masa raya haji tu Cik Den kemain rajin menggugel resepi sagu gula melaka ni.
sampai repeat dua kali la
sedap bak ang...lagi-lagi buh ais kasi sejuk-sejuk je...nyum-...nyum...nyum,,,
RESEPI SAGU GULA MELAKA
bahan-bahannya
untuk sagu :
2 cawan sagu
5 cawan air
daun pandan
cara masak:
bilas sikit sagu tu bawah air
ambil periuk masukkan 5 cawan air
tenngek periuk atas dapur, buka api
masukkan daun pandan sampai nampak air tu ala-ala panas kan, masukkan sagu
sila guna api sederhana kecil
kacau sagu sampai jernih
makna kata jernih tu sampai x nampak la putih-putih dalam sagu tu
kalau korang guna sagu tak ada warna, sila titiskan beberapa titik pewarna kesukaan
then kacau-kacau dan kacau la sampai sagu korang masak
dah masak, tgk semua sagu dah jernih
toskan sagu dan bilas bawah air untuk hilangkan kanji
lepas tu masukkan dalam bekas kesukaan korang untuk disejukkan di dalam peti sejuk
tak nak guna bekas kesukaan, guna tupperware buh tau fu fa pon boleh
ok sagu dah siap
untuk gula melaka :
seketul gula melaka
1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
daun pandan
cara masak :
masukkan air dalam periuk
panaskan atas dapur
agak2 da panas sikit masukkan gula melaka
kacau la gula melaka sampai larut
kalau nak cepat gula melaka tu korang potong kecil-kecil
being Cik Den yang super duper pemalas, Cik Den campak je dalam periuk dan kacau sampai lenguh tangan.
janji gula melaka hancur
lepas tu agak-agak gula melaka tu dah nak larut semuanya kan masukkan gula pasir
kacau sampai
gula pasir tu larut
dah siap
santan
santan kelapa plus garam sikit
panaskan sikit atas api
kalau korang blend santan dengan air suam, korang masukkan garam siap-siap dalam blender
lepas tu cara ni korang tak tenggek santan atas api pon takpe sebab korang dah guna air suam kan
lagi sedap korang guna susu cair sebenarnya
lemak berkrim bak ang
cara makan
wahhhhhh
cara makan pon nak bgtahu
masukkan sagu yang dah sejuk tu
masukkan gula melaka tadi
then masukkan santan/ susu cair
kalau nak sedap buh ais seketul
nyum nyum nyum
kuantiti masukkan tu ikut suka korang la..nak dapat kencing manis cepat buh la gula melaka tu banyak-banyak.
sila try
gambar tak ada sebab masak dan makan adalah kejadian minggu lepas
thanks encik gugel
nampak gambar kat atas tu...sedap wehhhhhhh
ok bai
No comments:
Post a Comment