Thursday, October 1, 2015

Patologi Jaundice

assalamualaikum w.b.t.

Cik Den ada hutang cerita kan?
kita sambung cerita lepas Afiqah dilahirkan pada 11.8.2015 pukul 1.08 pagi.

macam biasa la setiap berapa jam baby dengan mother kena akan di check oleh nurse.
Cik Den tak ingat masa kali ke berapa check, mungkin kali ketiga nurse datang untuk check baby nurse tu dah dapat trace Afiqah macam ada kuning and nurse tu cakap nak refer Afiqah pada doktor.
Tapi non hado ye.
nurse tu sampai ke sudah buat tak tau je.
dan nurse-nurse selepas itu juga cakap benda yang sama.
saya rasa anak awak kuning ni. kena refer doctor, baik awak bagi susu banyak2, nanti kena admit.

being Cik Den, pantang betul dengar nurse-nurse yang suka cakap bagi susu banyak on first day kita lahirkan baby ni.
biasa la first day baby dilahirkan susu tu bukan meriah macam dah 2 ke 3 hari lepas lahir. 
kalau ada cili, Cik Den cili molot nurse-nurse tu, suruh dia diam lagi bagus dari memekak cakap benda tak berfaedah
Cik Den breastfeed Afiqah ye, lepas je keluar dari OT tu nurse tu pun tak dan dan bagi Afiqah suruh breastfeed siap pi bubuh Afiqah atas perut Cik Den yang baru lepas kena belah 7 lapis tu.
adoi la haiiiii.....redha aje la...

pukul sepuluh pagi tu Cik Den da perasan Afiqah memang naik kuning, tapi biasa la baby yang kena kuning ni dia punya tidur macam baru lepas togok ubat tidur sebotol.
Cik Den ngan abah Afiqah siap pukul tapak kaki, basah kan kaki, basahkan badan, cubit, pukul bontot banyak kali, tapi tetap Afiqah ni tidur. 
Afiqah pon menangis setakat uwekkk je, lepas tu sambung tidur balik.
apakah?????
setelah 3 ke 4 orang nurse check Afiqah dan cakap ayat yang sama tanpa ambil sebarang tindakan susulan datang la la nurse yang check pukul 11 malam.
nurse ni muka cengih, tak senyum pon, nampak garang.
dia check Afiqah and cakap gak benda yang sama
anak awak ni kuning, macam teruk ni, da sampai ke kaki
lepas tu terus nurse ni ambil lampu biru tu 2 dan suruh Cik Den bukak baju Afiqah.
nurse macam ni la bagus, tau apa nak buat.
Action pantas, walaupun muka cengih, tapi bagus.
lepas 15minit tu pakar baby datang and check
pakar call senior pakar and senior pakar suruh letak Afiqah bawah intensive care

malam tu start pukul 1 pagi Afiqah tidur dalam nicu
hehe, dalam hati bagus jugak Afiqah duduk dalam tidur sebab bonda Afiqah tak tahan sakit perut lepas bius habis, ubat tahan sakit pon suam-suam kuku je rasa nya.
malam yang indah Cik Den dapat tidur dengan lenanya
bahahahahahaha

esok pagi tu dalam pukul 9 Cik Den pergi jumpa Afiqah nak tanya khabar.
Doktor explain Afiqah jaundice teruk
dalam masa 24jam jaundice Afiqah naik sampai 264
doctor pon explain yang jaundice Afiqah ni sebab incompatibality blood mother dengan daughter
bonda darah O dan Afiqah darah B
tu yg darah merah Afiqah meletus-letus pecah 
doctor cakap kalau naik lebih 300 Afiqah kena undergo blood transfusion
hmmmmm.....
bonda Afiqah ni dah dub dab dub dab dah...
walaupun muka ada senyum
tapi lepas keluar dari jumpa doktor tu air mata ni laju jugak mengalir walaupun ditahan-tahan

tengahari tu doktor cakap Cik Den dah boleh keluar
sebelum balik doktor nak amik darah Cik Den dulu untuk tengok antibodi mana yang sesuai untuk Afiqah
lepas balik tu Cik Den tak pergi pon melawat Afiqah sebab Afiqah kena duduk bawah intensive care 4 photo.
Cik Den pon nak Afiqah duduk bawah lampu tu tanpa di ganggu, nanti pandai la nurse kat nicu tu bagi susu
kat rumah Cik Den minum akar herbanika nak kasi susu meriah dengan cepat
pam banyak-banyak nak bagi Afiqah
alhamdulillah lepas tu Afiqah berak-berak dengan banyak dan hari ketiga lepas masukkan antibodi yang sesuai kuning Afiqah turun seratus lebih

hari yang keempat kunig Afiqah dah 120++.
Afiqah doktor letak dalam wad pemerhatian untuk cek sama ada jaundice Afiqah rebound ke tidak
Alhamdulillah hari sabtu tengahari tu hospital call cakap Afiqah dah boleh balik
bersyukur sangat-sangat

so nak bagitahu korang
jaundice ni ada 3 jenis

1.neonatal jaundice - ini selalu terjadi selepas baby lahir 48jam, maksudnya kita boleh tengok hati baby tu boleh bertindak balas untuk digest bilirubin tu ke tidak

2. patologi jaundice - ini macam kes Afiqah, jarang berlaku tapi Afiqah dan bonda insan terpilih untuk terima jaundice ni. patologi jaundice jadi dalam masa 24jam selepas bayi dilahirkan. kalau teruk sangat dalam 2-3 jam baby dah detect jaundice

3. prolonged jaundice - ini disebabkan oleh susu ibu, maksudnya darah dalam susu ibu tu yang menyebabkan jaundice. ada nasihat yang suruh keep breastfeed baby tapi ada juga nasihat suruh stop dulu breastfeed  then jaundice dah ok then boleh sambung bf. tapi selalunya doc suruh continue breastfeed je

ok ada faham?

till then
daa

No comments:

Post a Comment