Tuesday, February 24, 2015

Masak lemak cili api sempoi tapi sedap

Assalamualaikum w.b.t
Cik Den ni baik hati nak share cara-cara masak lemak cili api paling sempoi tapi sedap. Sekian lama Cik Den yang tak pandai masak ni menggugel cara-cara masak lemak cili api yang paling malas tapi sedap. Akhirnya Cik Den cuba jaya dengan resepi dari orang-orang negeri semilan sano....

Selalunya Cik Den masak masak lemak cili api ni Cik Den blend sekali ngn bawang. Tapi, itu semua mengarut. Cik Den kan pemalas. Malas piang sangat la nak blend-blend ni. OK, malas nak banyak cerita, meh sini baca je. Tak payah nak amik kertas bagai nak salin resepi. Korang baca lepas tu sap sap soi da paham.

Kalau korang nak masak Ayam atau Daging Masak Lemak Cili Api

first sekali korang ambil cili padi ikut suka pedas mana ko rang nak. Kalau nak pedas setakat nak makan 2 orang macam Cik Den ni, 7 batang cili padi kira pedas dah.

lepas tu, korang ambil kunyit sebesar ibu jari

garam kasar or garam lebih kurang sesedap rasa la. Korang kalau selalu masak korang boleh la imagine banyak mana nak buh.

seterusnya korang masukkan semua bahan-bahan di atas kat dalam lesung batu. Kalau malas sangat nak tumbuk. Korang masukkan dalam blender kering. 

bahan-bahan yang da siap tumbuk dan blend ni kotang gaulkan dengan ayam dan daging yang korang nak masak tu.

Campak kan semua bahan-bahan ni dalam periuk. Kalau pemalas macam Cik Den, korang gaul je siap-siap dalam periuk yang korang nak guna untuk masak nanti.

masukkan serai dalam 2 batang cukup la. titikkan dulu serai tu

Buh periuk atas dapur, buka api, masak sampai ayam ngan daging keluar air.

tapi kalau korang tengok macam ada gaya-gaya nak hangit korang masukkan air sikit.

Masak sampai ayam ngan daging korang tu empuk atau 3 suku masak

nak tunggu masak ni korang jenguk-jenguk la ayam ngan daging korang tu. sekali sekala korang kacau-kacau la. Kalau perlu air untuk korang buh korang buh la.

lepas tu, bila macam agak-agak dah nak masak tu korang masukkan sekotak santan. Cik Den kan pemalas piang. Oiiii, malas sangat la nak perah-perah santan ni, masukkan santan kotak dengan air secawan. Ikut la kepekatan dan  banyak mana bahanmentah korang tu. Kalau ayam setakat 5 ke 6 ketul sekotak santan 200ml dah cukup.

Jangan buh air banyak sangat nnt ceroi pulak kuah korang.

Kalau korang nak buh kentang, buh sekali masa nak tunggu ayam empuk. Nanti kentang dengan ayam sama-sama la masak.

lepas tu korang biarkan santan tu mendidih.

lepas tu korang perasakan la.

tadi kan kita dah buh garam masa blend. so pepandai la rasa

Bahan-bahan kat atas ni dah win dah untuk masak lemak cili api.

tapi kalau korang dah biasa masak lemak cili api masam-masam sikit. korang buh la asam keping sekeping. tak pun buh tomato.

da siap la masak lemak cili api korang.

Kalau korang nak masak Udang or Ketam Masak Lemak Cili Api. korang kena masak kuah dulu, masuk bahan-bahan blend dalam periuk, buh air. dah mendidih korang masukkan santan. santan dah mendidih korang masukkan la udang or ketam.

Kalau masak lemak pucuk paku or sayur sayur ni...korang buh sikit ikan bilis blend sekali ngn bahan-bahan blend tadi. lepas tu masuk semua sekali dengan sayur, air dengan santan dan mendidih maksudnya dah masak la tu.

ha...ni la resepi dari Cik Den yang pemalas....

korang tak payah nak salin-salin bagai. Janji korang paham korang mesti boleh buat punya.

selamat memasak ye...gambar takde sebab Cik Den masak sambal kering ikan bilis dengan kentang. ini pon style malas punya. Korang kalau tengok Cik Den masak kang ternganga sebab kalau masak pukul 6 kang 6.30 da siap...

hehehehe...masak untuk 2 orang boleh la siap cepat sebab semuanya sikit-sikit. kalau portion untuk 7 ke 8 orang 1 jam jugak. mihmihmih

ok la penat la taip...daaa

No comments:

Post a Comment