Thursday, February 26, 2015

Maintain cergas dan bertenaga sepanjang hari

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Nak tau rahsia kekal cergas bertenaga sepanjang hari Cik Den???

hehehehe...tak lain tak bukan...Cik Den consume Energy Soy Protein (ESP)

untuk breakfast selalunya Cik Den akan ambil sesudu ESP di campur dengan Koko madu & kurma. ambil sebiji vitamin B complex dan sebiji Vitamin C. Buat masa ni Vitalea Cik Den dah kehabisan stok. Kalau tak Cik Den ambil Vitalea sebiji.

lepas tu Cik Den dah tak ambil breakfast lain dah dan Cik Den boleh bertahan sampai pukul 3 petang.

lepas sembahyang zohor tu baru Cik Den cari nasi. Itu pun for the sake Cik Den dah masak nasi siap berlauk awal-awal pagi untuk bekalan lunch husband. Entah-entah kalau Cik Den tak masak nasi, Cik Den makan biskut sekeping dua je.

Nanti malam sebelum tidur Cik Den repeat lagi ESP satu sudu untuk bekalan nenen anakanda Aqilah. Ialah Cik Den masih lagi bf Aqilah. Malam-malam kang anakanda tercomel tu nak merap dulu baru boleh tidur. So, ESP sangat-sangat membantu Cik Den.

Ini antara lain kelebihan ESP


Kalau masa puasa last year. Cik Den ambil ESP dengan kurma je tau. Alhamdulillah dengan ESP dan doa supaya bekalan susu untuk Aqilah maintain sampai ke petang tu Insyaallah cukup. 

Sebab tu sampai sekarang ni pon Cik Den berani nak suggest dan recommend dekat korang yang ESP ni setakat ni memberi kesan positif pada Cik Den.

Kalau korang nak try, meh whatsapp Cik Den 0133994764

email pon boleh janadeni [at] yahoo [dot] com

kalau tak cuba kita tak tahu kan.

sama lah macam Cik Den dulu. Tapi sebab dah 2 tahun Cik Den setia dengan Shaklee ni, dan sentiasa peroleh positif result, jadi Cik Den nak share dengan korang.

roger Cik Den k

Cik Den bantu untuk langkah seterusnya untuk sentiasa kekal sihat bertenaga sepanjang hari

Wednesday, February 25, 2015

Mom & Bab 100% cotton pants

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Cik Den nak share sesuatu yang selesa dengan korang untuk anak-anak korang yang tercomel-tercomel tu.

Anak Cik Den dah pakai, setakat ni Cik Den sangat berpuas hati dengan kualiti kainnya. 
Selalu Cik Den pakai kan kalau nak g riadah pagi-pagi time weekend. 
Sangat comfy dan tidak merimaskan.

Pants ni tengah memang tengah 'in' sekarang ni.






Ada 5 warna semuanya. Saiz limited untuk sekian-sekian warna. Siapa cepat bayar dia punya.

RM28/pcs

available dari saiz 6M sampai 6 years

Kualiti di jamin

Original Mom & Bab brand

lekaih lelaju whatsapp Cik Den 0133994764

tak boleh whatsapp kat opis, email je Cik Den janadeni [at] yahoo [dot] com

Cantik dengan Vitamin C

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Berdiri nya Cik Den di sini untuk bercakap-cakap mengenai Vitamin C....
kihkihkih,,,,dah macam Ehsan dalam cerita upin ipin. Ala...kalau korang ada anak kecik confirm korang boleh hafal skrip upin ipin tu. Entah-entah korang lagi lebih sudu dari kuah. 
**ni namanya cakap untuk diri sendiri..
#anakkauyangtengokupinipintapikauyangover

Ok dah boleh berhenti membebel

Siapa antara korang yang ada masalah kulit tak cantik. Tak cantik tu dalam erti kata lain bukan tak flawless ye. Babap kang baru tau, nak cantik flawless banyak lagi yang korang kena buat ye dan nak cantik flawless bukan dalam masa seminggu dua. Sekurang-kurang nya sebulan ok, itupu kalau korang memang jenis jaga makan dan tak melantak macam brader hippopotamus.

Sekarang korang boleh check kulit masing-masing. Cuba tengok tumit kaki ada crack x? kalau korang luka kena percikan minyak, tompokan hitam tu cepat tak hilang? paling cepat Cik Den bagi seminggu la. Lepas tu kalau korang picit jerawat kan, kalau yang jenis berparut macam Cik Den ni agak-agak berapa lama korang boleh recover? sebulan hilang tak? ke makan masa 6 ke 7 bulan macam parut chicken pox tu? tengok pulak jari korang, mulus tak? ke jari lagi tua dari umur? itu baru jari ye. Cik Den belum tanya pasal muka lagi...hihihihihihi... ;p

Sebab tu ni Cik Den nak bagitahu korang ni, kalau korang ada semua masalah di atas atau salah satu daripadanya. Korang boleh cuba untuk consume Vitamin C sebagai vitamin harian korang. Kenapa Vitamin C kenapa bukan B complex ke Vitamin E ke kan. Kita mula dari yang basic dulu ye. Nanti Cik Den bagitahu la Vitamin apa lagi yang korang kena ambil, biar sesuai dengan permasaalahan yang korang alami.

Jadi kita teruskan.....KENAPA VITAMIN C???

1. sebab badan kita tak mampu pon nak menghasilkan Vitamin C. Untuk dapatkan vitamin C korang kena makan buah macam jambu batu ke, limau sunkist ke, lokam ke kan. sebab tu kita kena pastikan dalam diet seharian kita, kita kena makan buah sebagai sumber serat dan vitamin C.

2. vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. sebab tu korang duk beli serbuk kolagen tu kan sebab korang nak nampak cantik sebab korang tau yang badan korang tak boleh nak hasilkan kolagen sendiri. 

3. vitamin C membantu melambatkan proses penuaan. Al maklumlah, kolagen cukup, kulit pon maintain je canti, jadi lambat la nampak tua nya.

4. menghalang pembentukan pigmen-pigmen yang menjadi punca jeragat

5. Vitamin C menbantu meningkatkan sistem imunisasi. Kalau korang memang istiqamah dalam pengambilan vitamin C ni, Cik Den yakin pagi-pagi untuk siapa yang asyik acummm...acummm macam Cik Den suatu ketika dahulu dah tak acummmm lagi.

6. mencegah daripada permasaalahan gusi berdarah 

So kalau korang faham permasaalahan di atas, mesti korang yakin yang itu lah yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia dewasa ini. ***kemain lagi ayat Cik Den ni...

Jadi apakah kelebihan Sustain released Vitamin C Shaklee ni???

kelebihan nya ialah VItamin C shaklee ni pandai adjust ikut keperluan badan kita di mana bila 500mg Vitamin C yang kita consume ni akan dilepaskan secara sikit-sikit mengikut keperluan badan. tidak lah berlaku kejadian vitamin C yang berlebihan tu dibuang begitu sahaja melalui proses urinisasi.

sebelum tu Cik Den nak bagitahu, 500mg vitamin C ni bersamaan 7 biji limau. Korang mampu x nak melantak 7 biji limau sehari. Kalau yang beranak czer tu, at least 8 biji limau kena makan sehari untuk lawas dan mempercepatkan proses penyembuhan luka czer. Shaklee da tolong comprise kan jadi sebijik, telan je. nanti pandai2 la vitamin C tu buat kerja seterusnya.

1 botol Vitamin C shaklee ada 180 biji berharga RM92.50

nampak macam nak rabak dompet kan???

kita bahagi RM92.50 dengan 180 biji = 52 sen sebiji

180 biji cek oiiiii.....sebulan ke boleh habis????

confirm la takkkkk....

1 biji sehari...pukul rata 1 bulan 30 hari....180 bahagi 30 berapa?? 6 bulan cek oiiiiii...

berbaloi ke tak berbaloi???? cantik dapat...sihat dapat...jimat pon dapat...

nak lebih consultation...lekaih order vitamin ngn Cik Den 0133994764

adios

Cik Den pengedar sah shaklee ID 1074621

Tuesday, February 24, 2015

Masak lemak cili api sempoi tapi sedap

Assalamualaikum w.b.t
Cik Den ni baik hati nak share cara-cara masak lemak cili api paling sempoi tapi sedap. Sekian lama Cik Den yang tak pandai masak ni menggugel cara-cara masak lemak cili api yang paling malas tapi sedap. Akhirnya Cik Den cuba jaya dengan resepi dari orang-orang negeri semilan sano....

Selalunya Cik Den masak masak lemak cili api ni Cik Den blend sekali ngn bawang. Tapi, itu semua mengarut. Cik Den kan pemalas. Malas piang sangat la nak blend-blend ni. OK, malas nak banyak cerita, meh sini baca je. Tak payah nak amik kertas bagai nak salin resepi. Korang baca lepas tu sap sap soi da paham.

Kalau korang nak masak Ayam atau Daging Masak Lemak Cili Api

first sekali korang ambil cili padi ikut suka pedas mana ko rang nak. Kalau nak pedas setakat nak makan 2 orang macam Cik Den ni, 7 batang cili padi kira pedas dah.

lepas tu, korang ambil kunyit sebesar ibu jari

garam kasar or garam lebih kurang sesedap rasa la. Korang kalau selalu masak korang boleh la imagine banyak mana nak buh.

seterusnya korang masukkan semua bahan-bahan di atas kat dalam lesung batu. Kalau malas sangat nak tumbuk. Korang masukkan dalam blender kering. 

bahan-bahan yang da siap tumbuk dan blend ni kotang gaulkan dengan ayam dan daging yang korang nak masak tu.

Campak kan semua bahan-bahan ni dalam periuk. Kalau pemalas macam Cik Den, korang gaul je siap-siap dalam periuk yang korang nak guna untuk masak nanti.

masukkan serai dalam 2 batang cukup la. titikkan dulu serai tu

Buh periuk atas dapur, buka api, masak sampai ayam ngan daging keluar air.

tapi kalau korang tengok macam ada gaya-gaya nak hangit korang masukkan air sikit.

Masak sampai ayam ngan daging korang tu empuk atau 3 suku masak

nak tunggu masak ni korang jenguk-jenguk la ayam ngan daging korang tu. sekali sekala korang kacau-kacau la. Kalau perlu air untuk korang buh korang buh la.

lepas tu, bila macam agak-agak dah nak masak tu korang masukkan sekotak santan. Cik Den kan pemalas piang. Oiiii, malas sangat la nak perah-perah santan ni, masukkan santan kotak dengan air secawan. Ikut la kepekatan dan  banyak mana bahanmentah korang tu. Kalau ayam setakat 5 ke 6 ketul sekotak santan 200ml dah cukup.

Jangan buh air banyak sangat nnt ceroi pulak kuah korang.

Kalau korang nak buh kentang, buh sekali masa nak tunggu ayam empuk. Nanti kentang dengan ayam sama-sama la masak.

lepas tu korang biarkan santan tu mendidih.

lepas tu korang perasakan la.

tadi kan kita dah buh garam masa blend. so pepandai la rasa

Bahan-bahan kat atas ni dah win dah untuk masak lemak cili api.

tapi kalau korang dah biasa masak lemak cili api masam-masam sikit. korang buh la asam keping sekeping. tak pun buh tomato.

da siap la masak lemak cili api korang.

Kalau korang nak masak Udang or Ketam Masak Lemak Cili Api. korang kena masak kuah dulu, masuk bahan-bahan blend dalam periuk, buh air. dah mendidih korang masukkan santan. santan dah mendidih korang masukkan la udang or ketam.

Kalau masak lemak pucuk paku or sayur sayur ni...korang buh sikit ikan bilis blend sekali ngn bahan-bahan blend tadi. lepas tu masuk semua sekali dengan sayur, air dengan santan dan mendidih maksudnya dah masak la tu.

ha...ni la resepi dari Cik Den yang pemalas....

korang tak payah nak salin-salin bagai. Janji korang paham korang mesti boleh buat punya.

selamat memasak ye...gambar takde sebab Cik Den masak sambal kering ikan bilis dengan kentang. ini pon style malas punya. Korang kalau tengok Cik Den masak kang ternganga sebab kalau masak pukul 6 kang 6.30 da siap...

hehehehe...masak untuk 2 orang boleh la siap cepat sebab semuanya sikit-sikit. kalau portion untuk 7 ke 8 orang 1 jam jugak. mihmihmih

ok la penat la taip...daaa

Cara makan vitamin yang disyorkan

Assalamualaikum w.b.t

Wajib korang nak cantik kan? lepas tu bila buat research macam-macam pula vitamin kena makan. Kalau tak makan semua yang disyorkan badan tak cukup pula nutrition untuk cover nutrisi-nutrisi yang sepatutnya badan kita consume per day. Jadi, macam mana nak nampak cantik dan segar kan?

Since Cik Den dah lama consume Shaklee dan dah mendapat petunjuk dan cara-cara yang betul untuk makan vitamin ni. So, Cik Den nak share la dengan korang supaya korang sama-sama mendapat manafaat daripada vitamin yang korang makan seharian tu.

Tips and cara-cara yang Cik Den nak bagi ni boleh di aplikasikan untuk semua brand vitamin yg ada jual kat Malaysia ni. Tak la semestinya Shaklee je, tapi Cik Den suka la nak bagitahu. Vitamin dari Shaklee ni Cik Den suka sebab bahan-bahan untuk buat vitamin Shaklee ni memang dijamin berkualiti dan semulajadi. Cik Den pon dedolu makan jugak vitamin non-shaklee, tapi lepas dah discover 1001 kebaikan dari vitamin Shaklee, Cik Den dah abaikan dah vitamin-vitamin jenama lain. yang ni nanti la Cik Den cerita ok.

So, sila cuba dan aplikasi cara makan vitamin mengikut apa yang Cik Den cuba nak share ni. Dalam masa sebulan cuba korang tulis pro and cons nya. Kalau ada perubahan jangan lupa update kat Cik Den ea...

Vitamin yang disarankan untuk korang makan waktu pagi selepas breakfast. 

1. Vita Lea
2. B complex
3. Vitamin C
4. ESP / Meal Shakes / Cinch

Kalau korang pregnant, makan iron sebelum breakfast. lepas breakfast baru boleh ambil vitamin c, nanti vitamin C ni membantu penyerapan iron td dgn sgt pantas.

Vitamin yang dsarankan untuk korang makan lepas lunch

1. lecithin
2. Omega Guard
3. Vitamin E
4. GLA complex

Kalau korang ambil vitamin E dan GLA complex, korang jangan makan dua-dua vitamin ni dalam masa yg sama. Kalau dah ambil Vitamin E lepas lunch, GLA tu korang makan lepas dinner ok.

Vitamin yang disarankan untuk korang makan selepas dinner

1. Lecithin
2. Alfalfa 
3. Omega Guard

Vitamin yang disarankan untuk korang makan sebelum tidur

1. ESP
2. Ostemetrix - terbaik setakat ni untuk ibu mengandung yang liat minum susu....
3. Herbalax

Tambahan

1. Nutriferon seminggu sekali
2. vivix - selepas makan

Ini la cara yang Cik Den amalkan. Perubahan paling ketara, dedolu banyak nau jerawat naik kat muka ni. Jari pulak rajin mengutil jadi bersepahlah parut. Tapi cuba tengok sekarang, kutil tetap kutil cuma parut tu cepat pudar sebab Cik Den amalkan cara makan vitamin dengan betul.

Kalau korang berminat nak try vitamin Shaklee. Cik Den sangat-sangat recommend. 
Meh wasap Cik Den 013-3994764, nanti Cik Den guide lagi k.