Monday, May 16, 2016

Thursday, May 5, 2016

Drypers Wee Wee Dry murah

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Deni Depot dah ada pampers saiz besar untuk Drypers Wee Wee Dry

Harga Promo : RM95 sekotak
Harga Biasa : RM100 sekotak

Sekotak ada 3 pek
Saiz available
S82, M74, L62, XL50, XXL40

- Self pick up di Taman Lestari Putra

- COD with charge bergantung pada jarak lokasi dari Taman Lestari Putra (min rm3 - max rm10)

- COD weekend sahaja

!!! Promo sah sehingga 1 Jun 2016 !!!

Berminat boleh WhatsApp Deni 0133994764. Tq

Wednesday, March 16, 2016

#RAHSIA SIHAT: cara pantas melegakan sakit gigi

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Cik Den nak share ubat sakit gigi dengan korang boleh
tak kan tak boleh kan
blog Cik Den
suka hati nak lak share apa
ye dak???

Cik Den ada remedy cara moden tapi healthy style untuk yang sakit gigi
yang penting cepat baik dan bebas dari bahan kimia yang boleh merosakkan internal kita

kalau korang sakit gigi atau gusi
ataupun ada gigi berlubang
ataupun korang rasa gigi masuk angin
ataupun gusi berdarah
nah amalkan makan dua supplement ni
inshaAllah membntu mengurangkan kadar kesakitan

1. Ostemetrik
ostemetrik ni ada kalsium dan magnesium
sesuai untuk mencegah masalah  tulang reput mahupun gigi mudah tercabut ataupun mudah rosak
dengan keupayan 1 biji tablet ostenetrik bersamaan segelas susu
ostemetrik mampu untuk membantu meningkatkan intake kalsium dan magnesium yg sepatutnya diperlukan oleh badan kita

2. garlic
garlic ni sangat bagus
garlic bertindak sebagai prebiotik dan antibiotik badan kita
almaklumlah bila gigi berlubang bakteria senang nak singgah buat rumah
jadi garlic sgt efficient untuk menghalang pembiakan bakteria jahat dari menyerang tubuh badan kita

kalau amalkan ostemetrik dan garlic ni insyaAllah korang jugak akan jauh dari demam dan selesema.
siapa-siapa yang gastrik pon insyaAllah cepat recover dengan amalkan dua supplement ni



untuk order boleh whatsapp Cik Den 0133994764

Cik takde simpan ready stok sebab Cik Den malas nak perap supplement dekat rumah takut anak main
jadi kalau hari ini order ,esok lusa baru sampai rumah bergantu kepada keadaan postage
korang boleh order sekarang kalau nak buat stok dekat rumah
atleast time emergency sakit gigi korang dah ada backp up sebekun jumpa doktor
kennnnnn

happy whatsapp
love,
Cik Den

Monday, March 14, 2016

Supplement shaklee apa yang paling utama untuk dimulakan dalam perjalannan penyusuan mommies

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

merujuk kepada entry semalam

wow!!! wow!!! wow!!!
kan Cik Den da cakap ramai yang PM Cik Den tanya pasal set menyusu
lepas entry semalam bertambah lagi yang PM tanya maciam-maciammmm
mentang-mentang bagi green light suh tanya
kemain dia yeeee...

yang dah order set menyusu dengan Cik Den, berjuta terima kasih Cik Den ucapkan
Cik Den doakan korang consistent consume untuk dapatkan result yang cemerlang...
haaa...kalau study consistent result cemerlang kan??? sama la dengan makan supplement pon...consistent makan baru lah dapat result cemerlang...
yang acah-acah hari ni makan...pastu skip, lepas tu minggu depan baru nak makan...korang paham-paham je la sendiri...dah besar kan...
hasil nya korang sendiri boleh nampak nanti
yang dah nampak hasil nanti Cik Den pinjam nak buat testimoni boleh ea *walaupun Cik Den takde masa nak write up testimoni...tapi nanti la Cik Den buat...korang nak testimoni ke? Cik Den bukan apa...Shaklee dah well known sangatt...sama je testimoni nye kalau korang memang consistent consume...

tapi yang ramai-ramai PM Cik Den semalam semua tanya soalan yang sama

salam Cik Den
berminat dengan set menyusu
boleh advice tak mana yang nak kena beli dulu
tak mampu la nak beli semua
kalau nak beli bulan ni satu, bulan depan beli lagi satu, bulan lagi depan beli lagi satu boleh x???
sorry Cik Den tanya....

kehkehkeh
Cik Den tak marah la korang tanya
tanya la weiii
tolong la tanya
malu bertanya sesat jalan
korang bukan ada depan Cik Den pon nak Cik Den piat telinga

jawapan Cik Den
semua pon bolehhhh
apa yang tak boleh nye
jujur cakap dulu pon Cik Den beli sebulan satu supplement
mana mampu wei nak beli sekali harung semua
lepas tu kan tiap satu supplement tu boleh tahan 3 ke 6 bulan
jadi tak ade masalah la bagi Cik Den beli sebulan satu jenis
tak terbeban pon
mommy-mommy memang pandai adjust poket demi kecantikan diri dan kesihatan anak-anak
kan kan kan??? 
*high five skettttt*

so, supplemet apa yang korang kena beli dulu untuk ensure journey penyusuan korang neyh berjalan lancar???

beli la Vita lea dengan B complex dulu

kenapa vita lea dengan b complex Cik Den????
see, semua ni soalan korang ni...Cik Den pinjam buat karangan dalam ni...

vita lea is multi vitamin yang mampu meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan korang...nak lagi detail pergi cari entry Cik Den tajuk Vita Lea...Cik Den malas nak hurai pepanjang kat sini sebab masa mencemburui...kahkahkah

kenapa B complex pulak??
sebab B complex sangat diperlukan untuk orang-orang yang bekerja
mommies yg rajin tidur....B complex ni tak payah....
yang super mommies je perlu...sebab supermommies memerlukan extra energy untuk berlari-lari anak demi menghadap dan menyiapkan tugasan seharian..nanti B complex ni tolong sooth your day...

kalau nak beli 1 je dulu, beli la Vita Lea dahulu, nanti next month beli B complex pulak

lepas tu
beli alfalfa dan esp

kenapa alfalfa??
sebab alfalfa membantu dalam penguraian lemak kepada tenaga...
ni la salah satu rahsia kecantikan mommies
bila mommies aktif bekerja
kadang mommies tak sempat makan
makanan breakfast, lunch dan dinner mommies tu B complex dah tolong tukar jadi energy
jadi yang tinggal lemak-lemak tepu yang sebelum ni tersimpan elok di dalam badan
kerja alfalfa ni akan cari mana-mana lemak untuk didigestkan kepada tenaga dan susu
mommies jangan risau
walaupun perut kosong and tak sempat makan makanan berat
sempat capai biskut je sekeping lepas tu baby dah bising-bising nak nenen
bagi je nenen
sebab alfalfa ni tau kerja apa dia nak buat untuk supply susu
masa baby menyusu ni la lelemak tepu tu terurai dan mommies akan kurus dengan pantas

lepas alfalfa boleh beli esp
perlu ke esp ni Cik Den?

esp ni protein
protein ni paling diperlukan dalam proses penghasilan susu
let say korang nak pam pagi
tapi rushing pagi tak sempat nak makan nasi lemak lauk ayam sebab ayam sumber protein
korang boleh start hari yang indah tu dengan esp
lepas minum esp minum secawan air
da sampai ofis kang minum secawan air lagi then pam dulu utk session pukul 8
lepas pam minum secawan air lagi
let say pagi tu korang sempat layan nasi lemak lauk ayam
korang skip esp dan forwardkan ke waktu minum pagi
supaya korang boleh cover untuk pam pukul 10 atau pukul 11 kang
lepas tu korang lunch macam biasa
pam pon macam biasa untuk sesi pukul3
nanti nak balik rumah jem perut lapar kan...sebelum balik kerja tu layan esp dulu
nanti balik rumah jumpa anak boleh bagi nenen sebelum buat kerja rumah yang lain

paham tak ni? 
kerja esp ni untuk cover supaya perut tak terlalu kosong dan sesuai untuk mommies yang tak sempat nak mengadap makanan dengan tenang dan senang...memang jenis kerja mommies ni berlari je hari-hari..

lepas tu last sekali boleh beli ostemetrik dan vita c

ostemetrik utk kuatkan tulang, untuk elakkan masalah sebu perut, untuk kesihatan gigi mommies dan baby dan maciam-maciam lagi la
memang minum susu fresh lagi baik
tapi kalau makan pon tak sempat
mommies sempat ke nak minum susu???
hikhikhik
jadi ostemetrik ni sangat membantu utk mommies yg cepat gastrik
insyaAllah takut dah gastrik tu nak mai dekat

Vita C
vita C ni untuk mommies and baby
mommies duduk dalam aircond
minum air dah banyak dah bergallon-gallon
lepas tu siap buat stok susu
jadi air kadang-kadang tak sempat nak tolong baiki sel kulit
makan Vit C, kulit kering no more
wajah kusam no more
hati tenang yes yes
dah tenang stress no more
selesema dan demam pon insyaAllah jarang-jarang datang

so? faham tak kenapa set menyusu shaklee ni membantu melancarkan journey penyusuan mommies? disamping itu dapat mencantikkan mommies dan membekalkan nutrisi yang cukup untuk baby

lagi satu
set menyusu ni boleh tolong mommy adjust your meal
mommy kalau lapar memang semua nak melantak kan?
kalau boleh pinggan tu nak penuh membukit je
niat dalam hati siap cakap kena ambil semua makanan ni sebab nak menyusukan anak
padahal tembolok dia je nak kena sumbat
berapa percent sangat la yang jadi susu tu?
semua tukar jadi lemak je

so bila amalkan set menyusu
mommy jangan la layan sangat perasaan nak tengok pinggan membukit tu
mula-mula memang mommy rasa macam sikit je portion, rasa macam tak cukup je nak supply susu
buang segala yang negatif dalam kepala tu
makan ala kadar
yang penting gizi makanan tu seimbang
lebihkan protien sayuran dan buah-buahan
kurangkan karbo
mommies amalkan
lama-lama mommies akan selesa dengan makan portion kecil tapi kenyang

ok
Cik Den dah penat taip
tapi lagi penat reply whatsapp satu-satu cerita benda sama
hahahahahaha
lepas ni nak suh baca dekat sini je la
kihkihkih
*jangankecamCikDen
*CikDen ada anak kecil yang perlukan perhatian, kadang-kadang tak sempat nak layan whatsapp

ok
sila whatsapp di nombor 013-3994764
tak faham tanya tau
Cik Den tetap akan reply whatsapp tu within a day
jangan harapkan whatsapp on time ye
saya surirumah sepenuh masa

meh order ngan Cik Den
SID 1074621

love ya
daaa









Sunday, March 13, 2016

#RAHSIA SIHAT : Milk booster paling berkesan

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua

Sekarang memang tengah musim mommy mommy cari milk booster ke atau memang milk booster ni sentiasa hot all the time?

sebabnya ramai yang PM Cik Den cari milk booster.

so, apa yang menyebabkan korang teringin nak tahu dengan milk booster shaklee ni?

sebab milk booster ni boleh bagi additional energy ke?
atau

korang memang dah set mind minum milk booster terus susu memancut keluar ke?
atau

korang terpengaruh dengan testimoni milk booster by Shaklee ni?
atau 

korang rasa milk booster ni bukan sekadar milk booster tapi sebenarnya untuk kesihatan diri sendiri jugak?

yang mana?
yang mana?
yang mana?

disebabkan ramai yang bertanya mengenai set menyusu ni
jadi Cik Den rasa baik Cik Den pulun summarize dekat sini je lah ye

dalam set milk booster atau set menyusu by Shaklee ni ada :-

1. Energy Soy Protein (ESP) - 1 canister 850g (2 - 3 months) - RM 159.00
2. Alfalfa Complex - (S / 300 tablets up to 3 months) RM 56.98 / (L / 700 tablets up to 6 months) RM 103.35
3. Vita Lea - 120 tablets (up to 4 months) - RM 94.08
4. B complex -120 tablets (up to 4 months) - RM 56.98
5. Ostemetrix - 120 tablets (up to 3 months) -  RM 64.66
6. Sustained released Vita C - 180 tablets (up to 6 months)- RM 98.05 

dan di bawah ini dah Cik Den satukan semua supplement yang Cik Den sebutkan di atas supaya korang nampak dengan lebih jelas



banyakkan?

so??

kenapa korang rasa milk booster shaklee ni berbaloi untuk korang consume?
ye la kan
kalau tak berbaloi korang tak de la korang nak tanya kan
hikhikhik ;)

sebab apa set milk booster ni berbaloi dan sangat berbaloi???

sebab

1. harganya sangat mampu milik dan berbaloi. 
korang scroll balik kat atas tu, tengok setiap vitamin korang boleh consume sehingga berapa bulan. 
ada vitamin yang up to 6 months
kalau korang jenis berkira macam Cik Den
korang mesti selalu kira satu botol harga berapa, isi berapa biji and boleh makan berapa lama.
betul tak?
mommies mmg kena mcm tu supaya kita ni tak membazir pada yg bukan tempatnya.

ok Cik Den bagi contoh lagi..

kita amik B complex sebagai contoh
kerja b complex ni adalah untuk bagi kita energy sehari hari
korang mommy mesti tau task korang macam mana kan?
Cik Den yang suri rumah sepenuh masa ni pon bila malam je battery dah low
apa nak di kata
pagi pulun kejar anak
angkat anak
angkat periuk kuali
bantai kemas rumah lagi
angkat bakul kain baju lagi
ha
so challenging kan
jadi tugas b complex ni sangat efficient bila dia mampu convert apa yang Cik Den makan time breakfast, lunch, dinner or sneak time tu kepada tenaga untuk Cik Den buat kerja-kerja di atas yang Cik Den sebutkan tadi dengan pantas dan cepat
erti kata lain, Cik Den tak de lah exhausted sangat
masih lagi mampu berlari-lari anak sehingga pukul 12 malam
so dalam 1 botol B complex ada 120 biji
1 hari makan 1 biji
120 biji bahagi 30 hari sebulan sama dengan 4 bulan
jadi?
nikmat apa lagi yang nak Cik Den dustakan?
dengan RM 56.98 korang boleh hari-hari makan B complex tu sampai 4 bulan
lepas 4 bulan baru korang PM Cik Den semula untuk beli B complex tu
nampak tak ke berbaloi an nye?
nampak ke tidak
kalau tak nampak korang cuba digest sikit dalam kepala apa yang Cik Den cuba sampai kan ni
kalau tak faham jugak meh la PM Cik Den
Cik Den tak marah
Cik Den mmg suka layan soalan anak-anak kecil macam tu..


sebenarnya
rahsia milk booster shaklee ni terletak kepada setiap vitamin tu sendiri
korang kalau nak makan apa-apa supplement pon
mata dan hati tu kena terbuka sikit
kena tengok apa yang korang makan

kenapa Cik Den cakap rahsia nye terletak pada each supplement tu?
sebab setiap supplement tu kita jelas nampak functionnya adalah untuk memperbaiki, membaik pulih, memberikan tenaga, menambahkan kecerdasan dan menguatkan sistem imunisasi

bila korang consume dan amalkan set milk booster shaklee ni
memang korang akan lebih sihat
bukan sihat maksudnya gemok tu
korang ni bukan boleh
kang cakap sihat je terus convert jadi gemok
habis tu kalau kurus tu tak sihat ke?
ha, kan Cik Den dah melalut
ok sambung

bila kita mommies ni mencapai tahap kecerdasan dan kecergasan yang optimum
kita akan kurang stress dan kurang penat
penat tu penat la
kalau tak penat bukan manusia namanya
maksud Cik Den badan kita still occupied untuk buat kerja
tak la flat habis sebelum waktunya

bila kita tak stress, tak penat, badan sentiasa bertenaga dan positif dan ini yang mendorong kepada pengeluaran susu yang productive dan berkualiti
di tambah pula dengan pengambilan air masak yang optimum selaras dengan keadaan tubuh badan kita

dah la
nak tau lagi nanti korang PM la Cik Den macam biasa

yang rasa nak sentiasa ceria, bahagia, tak mau stress, tak mau marah-marah, tak mau tension 
meh PM Cik Den untuk try set milk booster ni

p/s : harga yang dipaparkan adalah harga jualan semasa
nak harga kasih sayang meh la macam biasa kita borak di Telegram mahupun Whatsapp ye

sila add no Cik Den
013-3994764
untuk pertanyaan lebih lanjut untuk offer-offer yang lebih menarik

Saturday, February 13, 2016

#RESEPI: cekodok pisang mudah dan sedap dan rangup di luar lembut di dalam

Assalamualaikum w. b. t dan selamat sejahtera

Cik Den balik kg raya cina hari tu.
Abah Cik Den bg 4 sisir pisang kapas.
Katanya untuk cucunya Aqilah tu yg suka melantak cekodok pisang.
Jadi marilah kita mebcekodokkanpisang tersebut.
Resepi ni memang Cik Den selalu buat,  senang sedap dan rangup di bahagian luarnya.

Resepi :
8 - 10 biji pisang
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh bikarbonat soda
1 1/2 cawan tepung gandum

Caranya:
Lenyekkan pisang dan gula guna mug kaca
Bila semua pisang dah hancur, masukkan garam, soda bikarbonat dan baking powder.
Gaul sebati dan masukkan tepung gandum
Gaul sebati lagj fan biarkan dalam 15 ke 20min

Sambil tu dah boleh ambil kuali masukkan minyak dan panaskan
Bila minyak dah panas.  Jemput kan cekodok then goreng la
Bila da nampak cekodok dah tukar warna coklat da masak la tu.
Angkat dan hidangkan.
Sedap..
Aqilah boleh melantak cekodok dari pagi sampai dinner ye.

Tips: x nak pakai baking powder dan soda bikarbonat pon boleh,  cuma cekodoknya x berapa bulat kembung cantik.

Nah Cik Den belanja cekodok pisang sikit


Hipotesis: Lagi masak ranum pisang,  lagi sedap cekodok.

Ok.  Selamat mencuba

Love,
Cik Den

Friday, February 12, 2016

#PROMOSI: VitaLea for Children beli 3 percuma 1

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 

sekarang Shaklee masih contonue promotion untuk VitaLea for children ni
sebab permintaan tinggi
jadi Shaklee masih bagi offer terbaik untuk anak-anak uolls 

harga biasa untuk 1 botol Vitalea termasuk GST ialah RM117.66
1 botol ada 60 tablet mudah kunyah

sekarang ada promosi beli 3 free 1 dengan harga RM352.98
jimat banyak kan?

jadi tunggu apa lagi
meh whatsapp Cik Den

Cik Den bagi lagi harga kasih sayang untuk anak-anak uolls
013-3994764

Thursday, February 11, 2016

#RAHSIA SIHAT: Vita-Lea multivitamin lengkap untuk anak-anak


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Cik Den nak tanya anak uolls kat rumah makan supplement apa?
Brand A ke?
atau pon brand B ke?
ataupun brand C?
pernah tak uolls check apa yang terdapat dalam kandungan supplement yang korang supply untuk anak-anak uolls tu?
Ok la Cik Den tolong check kan

Shaklee Vitalea Kids

percaya tak VitaLea memang dilengkapi dgn nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita untuk proses tumbesaran diorang?

kena la percaya kan
tengok table kat atas ni
insyaAllah dapat membantu anak-anak kita membesar dengan sihat cergas dan cerdas

meh whatsapp Cik Den
kita cerita detail lagi
0133994764

love,
Cik Den

Wednesday, February 10, 2016

#RAHSIA SIHAT: VitaLea dengan formula yang diperbaharui, lebih lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera



ni VitaLea for Children
dalam bentuk tablet yang mudah dikunyah sesuai untuk anak-anak kita


1. Mengandungi

18 jenis vitamin dan mineral perlu.
100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain.

2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.

vitamin kanak-kanak, vitamin anak susah makan, vitamin anak untuk otak, vitamin anak 1 tahun, vitamin anak yang bagus
3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.

4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.

5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.

7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun terutama yang tidak suka makan sayur

amacam?
dah meh sini whatsapp Cik Den
kita cerita panjang kat sana

0133994764

Tuesday, February 9, 2016

#RAHSIA SIHAT: Kenapa VitaLea for Children menjadi pilihan ibu-ibu sebagai makanan tambahan anak-anak tersayang

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Selamat Tahun Baru Cina kepada yang merayakannya
masih confius lagi kenapa perlu VitaLea for children?
ok Cik Den malas nak cerita panjang
sila fahamkan gambar ni
hadam
dan bertindak ye
dah faham meh whatsapp Cik Den di 013-3994764
nanti kita ceria panjang dalam whatsapp

Monday, February 8, 2016

#RAHSIA SIHAT: Kebaikan Vitalea for Children Shaklee

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Cik Den nak cerita mengenai kebaikan VitaLea for Children ni
VitaLea ni dipenuhi dengan khasiat kebaikan yang sangat-sangat diperlukan oleh kanak-kanak 
selain dirumus dalam bentuk tablet yang mudah kunyah membuatkan kanak-kanak suka untuk menikmatinya.
Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. 
Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.
Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat.
Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, 
Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. 
Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya.





Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee 
#Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak 
#Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi 
#Memberi 100% nilai harian vitamin C 
#Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia 
#Berasaskan phytonutrien semulajadi 
#Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti 
#Kaya dengan sumber nutrien antioksidan 
#Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri 

bestkan?
kalau kita yang dah tua ni pon sibuk nak top up nutrisi yang kita tertinggal
anak-anak kita yang dalam fasa membesar ni apatah lagi kan
mereka sangat memerlukannya
korang mesti nak anak sihat dan cerdas serta cergas kan?
try la 
tak menyesal cuba


meh whatsapp Cik Den
0133994764


Sunday, February 7, 2016

#RAHSIA SIHAT: Nutrisi lengkap untuk kanak-kanak

assalamualaikum dan selamat sejahtera


anak uolls suka makan apa?
anak Cik Den si Aqilah yang bertuah ni sekarang dah tak suka makan nasi
tapi suka makan ikan goreng
kadang-kadang bila kena dengan tekak nasi lauk kari dia boleh makan dengan jayanya
tapi tak selalunya berjaya
ayam goreng pon Aqilah suka makan
tapi makan kulitnya sahaja ye
bila dah sampai part isi dia bagi Cik Den
anak Cik Den suka makan roti
tapi kulit roti yang sahaja
isinya yang putih tu dia tala ke kita balik
tak ke pelik tu, anak orang lain yang isi putih tu dimakan kulitnya tak mau
anak Cik Den suka makan sayur
tapi sayur yang keras-keras je macam carrot ke, timun ke
cuba la bagi sawi ke bayam ke, jap lagi dia suruh kita tadah tangan sebab dia nak pulang balik sayur-sayur berdaun tu
anak Cik Den suka makan mee goreng, kteow goreng, maggi goreng
yang ini boleh bertambah kalau kena dengan tekaknya
dulu Aqilah si bertuah Cik Den ni suka makan laksa
tapi entah kenapa lately ni memilih pulak bila tengok laksa
anak Cik Den suka makan telur
tapi yang putihnya sahaja yang kuningnya omaknye la makan
anak Cik Den suka makan cekodok
yang ini memang favourite, dia boleh hadap dari pagi sampai petang
tak kisah la cekodok pisang ke, jejomput kentang ke, jejomput bilis ke memang dia punya makanan
anak Cik Den suka makan keropok ikan
yang ini dia punya makanan ruji semenjak umur 6 bulan
keropok ikan yang keras tu memang dia makan, 
makanan yang lembik-lembik memang dia tak sudi nak telan

jadi cuba bagitahu Cik Den
macam mana caranya Cik Den nak bagi dia makan?
kata suruh buat nugget ayam buh sayur kan
minta maaf, Aqilah akan makan luarnya sahaja, kalau kata breadcrump tu luarnya, breadcrump tu la yg dia makan, isinya dia akan bagi Cik Den
kata suruh buat jejari ayam tambah sayur
minta maaf, luar inshaAllah habis, isi dalam confirm omaknye makan
mcm mana?
peel sangat anak Cik Den ni

langkah selamat Cik Den
Cik Den tak akan paksa anak Cik Den untuk makan
sebab anak Cik Den masih kecil
sama la macam Cik Den dedolu masa kekecik tak makan sayur
bila dah besar baru hegeh-hegeh nak makan
Cik Den cuma boleh cerita kebaikan sayur 
kalau dah dia tak nak makan Cik Den tak paksa
akan tiba la suatu hari nanti Aqilah makan makanan yang dia tak nak makan tu
makan la apa yang kau suka makan anak, kalau tak suka makan bonda tak paksa
sebab bonda dah tolong coverkan dengan Vita Lea ni
itupun syukur ke hadrat ilahi Aqilah nak makan

Jadi kalau anak uolls macam anak Cik Den
Cik Den syorkan makan VitaLea for Children
kenapa Cik Den sangat suggest?
sebabnya :


Vita Lea ni membantu menyokong sistem imunisasi dan lengkap dengan 19jenis vitamin yang memang anak-anak kita perlukan

marilah bertukar kepada Vita Lea demi nutrisi optimum yang mereka perlukan
whatsapp Cik Den untuk guideline lanjut ye

Love
Cik Den
013-3994764

Saturday, February 6, 2016

#PROMOSI: NutriFeron

ASsalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Ok dear beloved customer Cik Den semua
mana yang selalu beli NutriFeron untuk anak-anak Eczema tu mesti tau harga sekotak NutriFeron berapa kan?

untuk bulan February ni kita da promotion NutriFeron

selalunya
satu kotak NutriFeron termasuk GST RM192.13
satu kotak ada 30 sachets x 1.2g

sekarang untuk bulan February, elok sangat untuk yang nak buat stok atau nak mula cuba NutriFeron

Pakej A kita ada beli 2 kotak NutriFeron dan dapat diskaun 5%
sesuai untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan NutriFeron

2 kotak NutriFeron hanya RM365.04 sen sahaja
termasuk GST ye ni






Pakej B beli 7 kotak NutriFeron dengan harga 6 kotak...ermmmm lagi jimat ni
yang nak buat stok untuk anak-anak dan diri sendiri

beli 6 kotak dapat free 1 kotak NutriFeron free membership uollsss
hanya RM1152.75
termasuk GST ye


whatsapp Cik Den
Cik Den bagi lagi harga kasih sayang
jangan cakap Cik Den tak payung ye
tapi jangan pulak sampai rabakkan payung Cik Den


meh Cik Den guide lagi
013-3994764

Friday, February 5, 2016

#PREORDER: Pau Frozen


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera


Cik Den nak buka pre order Pau
pau ni sangat senang untuk di masak
panaskan kukusan sampai air dah naik wap atau pun mendidih
susun pau cecantik atas kukusan
kukus pau 10minit
dannnnn
siap!

senangkan?
boleh buat bekal anak pergi sekolah
boleh buat minum petang
boleh buat sarapan pagi
ikut suka la nak makan time bila pon
anytime 
sebab 10minit je kukus pon
inti sangat generous dan sedap
bukan sahaja sedap tapi nikmat
bukan setakat nikmat
makan 2 pon dah kenyang

meh sini order
pre order di buka sehingga 8hb Februari 2016
deposit 50% diperlukan untuk serious buyer
yang tak serious jangan ngengada nak bayar 50%, babap nanti

Cik Den boleh COD kawasan sekita Taman Equine, Taman Puncak Jalil, Bukit Jalil, Taman Lestari Putra
Self pick up di Taman Lestari Putra

ada flavour
pau kaya
pau kacang merah
pau kelapa
pau ayam

sila taip <  pau / inti / kuantiti > dan whatsapp ke 013-3994764






#RAHSIA SIHAT: Penawar demam, Eczema, tekanan, kurang imunisasi dan macam-macam lagi

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera


hari ni Cik Den nak sambung mengenai kebaikan NutriFeron
Korang boleh tengok dekat gambar atas ni, NutriFeron dipaketkan dan bukan disediakan dalam bentuk tablet.
Jadi, semua golongan umur sesuai untuk amalkan NutriFeron
termasuk mereka-meraka yang:-


#kerap demam, selsema
- kalau rasa nak demam atau selesema boleh ambil sepeket NutriFeron dan dengan izinNya semoga demam dan selesema tidak berlarutan


#ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum 
-mengamalkan NutriFeron boleh membantu mengekalkan tahap imunisasi pada tahap maksimum


#tak suka makan vitamin A, C dan E dalam bentuk tablet 
- ambil NutriFeron, selain rasanya yang sedap, uolls tak kan mengalami masalah tercekik bila nak makan supplement


#berumur, yang mudah terdedah kepada kekurangan imunisasi
-sebagai makanan tambahan untuk kekal sihat walaupun usia makin meningkat


#ada masalah alergi dan eczema 
- testimoni paling win sebab Nutriferon membantu memulihkan eczema dengan mengamalkan NutriFeron secara berterusan


#diet mereka tidak optimum 
- diet erti kata lain bukan skip makan ye, diet di sini apabila kita kurang mengambil makanan berkhasiat setiap hari jadi NutriFeron sangat membantu untuk top up nutrisi yang kita skip tu


#kerap “travel” atau “outstation” 
- membantu dari segi imunisasi dan ketahanan badan supaya sentiasa sihat dan cergas


#sering tertekan/hidup dalam tekanan 


#Gaya hidupnya tidak/kurang aktif 

Disclaimer : produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit)

mari whatsapp Cik Den dan cakap saya nak mula amalkan NutriFeron
Cik Den akan guide sebaiknya ok

Love,
Cik Den
013-3994764

Thursday, February 4, 2016

#RAHSIA SIHAT: Kebaikan NutriFeron

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

bila kita makan supplement kita mesti nak makanan tambahan tu sedikit sebanyak membantu kita dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita kan?

selain dari pengambilan makanan yang berkhasiat, kita juga perlukan makanan tambahan untuk top up mana-mana khasiat yang kita tak sempat nak ambil pada sekian-sekian hari.

tapi macam mana kita nak top up semua makanan berkhasiat tu kalau kita nak makan tengah hari pon tak sempat?

tak kan kita nak kena makan semua sekali masa makan malam kan? tap pasal-pasal pulak nanti mengganggu diet harian kita.

jadi Cik Den nak suggest NutriFeron ni kepada uolls yang tak suka makan supplement dalam bentuk tablet. 

sepeket NutriFeron boleh membantu kita untuk top up makanan berkhasit yang kita tak sempat nak makan dan mampu membantu dalam mengoptimumkan kesihatan dan imunisasi badan kita.

antara lain kebaikan NutriFeron Shaklee: 

**Meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dalam 3 hari
kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage. 

**Melindungi dari influenza. 
NutriFeron mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza. 

**Membantu lawan kanser & tumur otak. 
NutriFeron, interferon semulajadi yang mengandungi polisakarida aktif yang akan merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Jadi ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi. 

**Mengurangkan infersi & sakit kronik pesakit2 hepatatis B & C. 
Nutriferon berjaya memerangi virus sekaligus mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C. 

**Membantu kurangkan ketidakselesaan waktu kemoterapi. 

**Melambatkan proses penuaan
Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat. 

**Membantu meningkatkan kesihatan wanita monopous menjadi lebih baik. 

**Meringankan stress dan kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif. 

**Mengurangkan simtom2 ketika pra haid & waktu haid
NutriFeron terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.


banyakkan kebaikan NutriFeron?
tak salah mencuba
bila dah cuba mesti nak amalkan terus

meh whatsapp Cik Den
Cik Den bagi harga special untuk yang baru-baru cuba nak amalkan Nutriferon

Love,
Cik Den
013-3994764

Wednesday, February 3, 2016

#RAHSIA SIHAT: Meningkatkan keseluruhan sistem imunisasi tubuh dalam 3 hari

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera



Keistimewaan NutriFeron Shaklee :



# Rumusan Berpaten Yang Eksklusif


Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif daripada Shaklee. 
Merupaka suplemen yang hebat dan efektif, dan telah melepasi set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. 


# Campuran interferon yang dipatenkan

4 elemen tumbuh-tumbuhan penggalak NutriFeron ini mempunyai MACH, 1 campuran interferon daripada ekstrak tumbuhan yang telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak biji labu, bunga kesumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas Jepun



# Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia


Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.



# Meningkatkan paras interferon secara semulajadi


Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

Dan menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.


Nutriferon terhasil daripada 4 gabungan ekstrak tumbuhan semulajadi yang terbaik
 
>> Biji Plantago (Plantage asiatica) mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sel-sel imun.
>> Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih yang akan memusnahkan virus dan kuman.
>> Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata) mendorong pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh. Dan juga penentang radikal bebas (antara penyebab utama kanser).
>> Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) digunakan dalam perubatan Asia. Baik untuk melawan pencerobohan virus dan kuman.


ini keistimewaan NutriFeron yang uolls tak akan jumpa pada supplement jenama lain selain Shaklee.
membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan sekiranya diamalkan dengan berterusan

cuba, amalkan dan uolls akan tahu keberkesanannya

whatsapp Cik Den untuk maklumat lanjut mengenai NutriFeron
013-3994764


Love,
Cik Den

Tuesday, February 2, 2016

#TIPS : kurangkan sakit senggugut

assalamualaikum dan selamat sejahtera 

siapa kat sini ada masalah bulanan yang kalau kena je korang boleh bertukar jadi ulat beluncas?
Cik Den dah lama tak kena sakit senggugut
dulu masa awal-awal period masa remaja dedulu la selalu kena.
tapi bukan tahap extreme Cik Den punya sakit
Cik Den masih boleh tahan la

Senggugut atau dalam istilah perubatan disebut "dysmenorrhoea’ yang membawa maksud pengaliran haid yang sakit. 
Senggugut terjadi apabila berlakunya pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. 
Jadi pengaliran darah juga terganggu dan menambah kesakitan tersebut. 

Sakit senggugut adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang, rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki.
Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya. Kebiasaannya kesakitan akibat senggugut ni berlaku lebih dari 24 jam dan boleh berpanjangan sehingga 2 hari.

Cik Den dulu senggugut sebelum period datang
kalau dah rasa sakit tu maksudnya kena get ready la in anytime in any days akan datang la bestfriend Cik Den tu

lepas anak satu pun sakit senggugut datang tp mild la. masih boleh di control
al maklumlah sakit senggugut ni macam contraction bukaan 2cm je bg Cik Den... kihkihkih

lepas anak dua ni sakit senggugut hilang terus, tau-tau je dah period..
ahhh sudah kan...tak rasa senggugut pon payah sebab tak boleh bajet...mihmihmih

tapi ni antara yang korang boleh amalkan untuk kurangkan sakit senggugut


#TIPS 1 Minum air suam dengan kerap
Air suam membantu mengurangkan rasa sakit senggugut dan bagus untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot rahim yang kejang.


#TIPS 2 Elakkan minuman berkafein
Sebaiknya hentikan sekejap pengambilan minuman berkafein. Boleh cuba minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.


#TIPS 3 Tuam bahagian perut/abdomen
Cuba tuam atau demah bahagian abdomen dengan tuala kecil yang dicelup dengan air panas.
Boleh juga menggunakan bekas yang dikhaskan untuk menuam perut seperti gambar di bawah ini. Isikan air panas dan balut dengan kain jika air terlalu panas. InsyaAllah ia mampu mengurangkan rasa sakit. Kalau susah sangat korang guna botol air then buh air suam dalam tu lepas tu golekkan atas perut. sangat menjadi sebab Cik Den selalu buat ni


#TIPS 4 Senaman ringan
Senaman yang dicadangkan yang boleh diamalkam semasa kedatangan haid atau sebelem kedatangan haid boleh membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. 
Antara senaman ringan yang boleh dilakukan ialah yoga dan aerobik. 
Aktiviti ini dapat membnatu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.
Erti kata lain, kalau korang nak tau sebenarnya korang kena belajar teknik pernafasan.
Cik Den cadangkan korang apply teknik pernafasan yang diguna pakai oleh ibu-ibu yang nak melahirkan anak tu. sangat berkesan u olls. 
disebabkan tak semua orang mampu berdiri masa sakit senggugut kan
jadi Cik Den suggest korang google teknik pernafasan semasa contraction.



#5 Minum air rebusan halia
rebus halia atau hiris halia kemudian masukkan ke dalam air panas. 
Minum air halia dikatakan membnatu menghilangkan rasa sakit senggugut.
ataupun korang amalkan minuman wedang jahe.
wedang jahe satu dari amalan tradisional untuk kurangkan angin dan sesuai untuk kesihatan rahim.
selain sedap untuk diminum, wedang jahe boleh bantu kurangkan sakit senggugut

dan tips yang paling berkesan dari Cik Den ialah.....

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)

mab memang dirumus khas untuk menjaga rahim kita, insyaAllah berkesan sebab lepas anak kedua ni bila period Cik Den tak pernah lagi rasa sakit senggugut.
ramai juga yang amalkan MAB untuk melancarkan darah period seterusnya boleh membantu untuk menjaga kesihatan dalaman.

Cik Den sarankan untuk uolls cuba mab dan rasakan sendiri kesahihannya. mab bebas dari bahan kimia. jadi korang boleh da buang jauh-jauh pil pink tu.
tak elok la makan pil pink tu selalu.
kita jaga kesihatan dalaman guna bahan semula jadi ok

si kecil hitam manis ni hanya  diambil 1 biji sehari pagi atau malam

meh whatsapp Cik Den
013-3994764

Cik Den guide sampai korang rasa puas hati

love,
Cik Den

Monday, February 1, 2016

drypers sold out

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

hari ni 1 hb februari 2016 secara rasminya Cik Den nak announce yang Cik Den dah tak jual drypers lagi.
last stok habis semalam...cantik sangat habis end of january
harga pampers mencanak naik untuk tahun 2016 ni.
Cik Den tak sampai hati nak jual pada customer-customer Cik Den 
disebabkan Cik Den pon rasa tak logik nak jual harga yang amboi kemain mahalnya harga pampers ni macam boleh beli kasut bonia satu
Cik Den pon ambil langkah berundur diri dari dunia pampers
tapi kalau nanti Cik Den ada jumpa supplier yang boleh bagi harga aummm murah nya Cik Den akan promote ye

**nampak tak Cik Den ni tak suka jual mahal-mahal...murah tapi berbaloi dan berkualiti itu yang Cik Den suka

ok ea...terima kasih kepada semua customer-customer Cik Den
dengan yang repeat customer
dengan yang tolong war-warkan dekat sahabat handai mahupun saudara mara
terima kasih sangat-sangat
sambutan yang sangat menggalakkan walaupun Cik Den jarang promote pasal drypers ni
terima kasih uollsss

tapi kalau nak beli Shaklee ataupon maajun anggun bistari Cik Den masih jual
jangan lupa whatsapp Cik Den untuk dapatkan free guideline ok

love,
Cik Den

Sunday, January 31, 2016

Kenapa kena amalkan MAB selepas hari ke 44 berpantang??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cik Den selalu dapat frequently ask question (FAQ) macam kat bawah ni. jadi kalau sesiapa yang ada masalah sama dan masih keliru kenapa kena consume MAB pada hari ke 44 pantang ni Cik Den ada jawapannya.

Jangan pening-pening dan baca dengan hati terbuka ye.

Kalau ada soalan yang membelenggu dalam benak fikiran tu meh la tanya Cik Den. akan Cik Den usahakan untuk menjawab soalan-soalan tu.

Ok, antara soalan cepumas yang selalu Cik Den dapat untuk mereka-mereka yang nak consume MAB lepas pantang. boleh refer sini.

Soalan:

1- Kenapa untuk yang baru lepas bersalin kena tunggu hari ke 44 pantang baru boleh mula consume MAB??

2- kenapa dalam pantang tak boleh ambil MAB??

3-.Andai kata jamu dalam pantang makan sampai hr ke 30 pantang..
Boleh tak nak terus mulakan MAB???


JAWAPANNYA:

MAB memang hanya boleh di ambil bermula hr ke 44 pantang sahaja..

Ulasan:

1- MAB di rumus@formula sbg family planning. Sedangkan wanita berpantang perlu herba khusus utk rawatan lps bsalin.

2 - Tak boleh mula sebelum hari 44 sbb kebiasaan wanita habis nifas hari ke 44 jika dicampur dgn MAB yg mana kandungan herbanya bukan untuk merawat lps bsalin so no point MAB nak bekerja.

3- sebelum hari ke 44 wanita perlu dapatkan herba khusus dalam pantang dan hari ke 30 - 44 tu pun di rawat oleh herba khusus juga.

4- kebiasaannya proses kehamilan berlaku selepas pengovulan berlaku dan kebiasaannya juga ovum hanya dihasilkan selepas wanita berpantang habis darah nifas..
potensi kehadiran period wanita pun biasanya selepas hari ke 44 pantang. So biasanya org mula memikirkan utk menjarakan kehamilan selepas adanya period..

5-rahim masih lemah dan darah nifas masih belum habis keluar. MAB yg fungsinye mengecutkan rahim jadi kalau makan sebelum hari ke 44 tu dibimbangi akan mengecut sebelum 
waktunye..kena bg tempoh rahim kecut sendiri dulu.

6- dlm pantang hormon dalam badan masih belum stabil lagi.. Hormon progestron, estrogen, lactation masih dalam proses nk maintain. Lepas hari ke 44 bila dah maintain. Baru sesuai utk consume mab..
〰〰〰〰〰〰〰〰


Seperti yang kita semua maklum..
MAB menjarak kehamilan atau ikhtiar hamil dari fungsinya yang berikut:-

*Teraturkan period
*cuci keluar period lama yang tak keluar sempurna
*melindungi sepanjang tempoh subur wanita sementara nak period..

Semuanya melibatkan period kan...

So bila belum adanya period.. Buat apa kita ambik MAB.. No point

〰〰〰〰〰〰〰〰

Dari ulasan tu..ada juga yang tnya..

"Mean..selagi x period after bersalin Xperlu la mkn MAB kn?
Start period baru makan MAB"

Ikut logiknya begitu la..
Tp biasanya hari ke 44 pantang dah kena ambik MAB. sbb ada kes yg tak datang period lepas habis pantang..tapi boleh terus sambung hamil..

Selain itu..
Pengambilan MAB hari ke 44 pantang juga membantu cuci keluar darah kotor yg tak keluar habis melalui nifas spanjang berpantang... Selepas rahim kuat dan pulih semula baru mula proses cuci dgn MAB 


jadi sebab tu la kenapa kita sarankan untuk mengambil dan mengamalkan MAB bermula pada hari ke 44 berpantang

boleh whatsapp Cik Den untuk pembelian MAB
Cik Den akan guide sehabis baik ye

whatsapp 013-3994764


love,
Cik Den

Saturday, January 30, 2016

Cara nak conceive dengan mengamalkan MAB

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Cik Den ada inform sebelum ni yang MAB insyaAllah boleh membantu untuk mendapatkan zuriat.
yang mana masih belum dapat zuriat dan tak pernah putus asa untuk mencuba, Cik Den sarankan untuk ambil MAB dan amalkan
yang mana sebelum ni pernah keguguran dan lepas tu cuba untuk mendapatkan zuriat tapi masih belum melekat kerana belum diizinkan Allah, cuba amalkan MAB untuk rawatan rahim dulu, cuba dan amalkan
yang mana lepas dapat anak pertama, tak pernah keguguran tapi cuba dan masih mencuba untuk mendapatkan yang kedua, Cik Den sarankan untuk cuba dan amalkan MAB
berusahalah selagi ada daya
Cik Den doakan yang baik-baik dan semoga sentiasa dikurniakan rezeki cahaya mata seperti yang diimpikan insyaallah dengan izinNya


jadi macam mana cara makannnya???

i) Cara makan sama seperti kaedah family planning

ii) Makan MAB sehingga mendapat period yang tetap setiap bulan

iii) Kekalkan makan MAB beberapa bulan lagi sehingga yakin peranakan kukuh(tandanya period terus datang selepas berhenti makan 21biji)

iv)Apabila sudah mencapai tahap di para iv),berhenti makan MAB dan bersama tanpa sebarang perlindungan.

v) Elakkan makan makanan berkafein dan banyakkan makan makanan beralkali(seperti susu kambing & air zam-zam)

jangan give up untuk mencuba ye, tapi jangan pulak lepas 2 botol dah give up...at least 6 ke 7 botol untuk bagi rawatan rahim dulu.

yang serius untuk mencuba boleh whatsapp Cik Den

yang banyak songeh Cik Den tak mau sebab try to conceive ni sensitif dan orang-orangnya juga sensitif. Cik Den tau.jadi, yang nak cuba dan meletakkan tawakkal setelah mencuba meh whatsapp Cik Den

013-3994764

Friday, January 29, 2016

Maajun Anggun BIstari sebagai perancang keluarga terbaik masa kini.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Maajun Anggun Bestari atau lebih dikenali sebagai MAB adalah alternatif bagi merancang keluarga secara tradisional.
Setiap wanita mempunyai kadar dan fungsi hormon yang berbeza-beza.
Sesetengah wanita yang berkahwin tidak serasi dengan perancang keluarga moden seperti 
- pil perancang yang mana boleh meningkatkan berat badan dan tidak boleh mengawal nafsu makan, 
- suntikan 3 bulan sekali yang mana boleh menggangu hormon dan mengakibatkan period tidak stabil,
atau
- memakai alat pencegah kehamilan dengan memasang IUD
Jadi mereka ini lebih sesuai merancang keluarga secara tradisional
tapi macam mana?

antara alternatif perancang keluarga secara tradisional adalah dengan mengambil Maajun Anggun Bistari...
inilah jawapan yang tepat untuk pengetahuan wanita2 diluar sana..
MAB adalah ramuan turun temurun yang tidak mengandungi sebarang campuran kimia. 
MAB dihasilkan melalui bahan-bahan semulajadi yang diyakini khasiatnya berzaman2 dahulu....
MAB juga bkn sekadar perancang keluarga malah dapat mengatasi pelbagai masalah2 wanita zaman kini berbeza skali dengan perancang keluarga moden yang hanya sekadar merancang keluarga!!
MAB dapat membantu memulihkan semula peranakan dan merawat dalaman wanita agar sentiasa "clean n clear"..perlu diingatkan kanser rahim, cyst dan fybroid byk ditemui zaman kini...punca? anda sendiri boleh memikirkan...
apakah kita setuju dengan kandungan kimia yg ambil sepanjang hari? garu kepala.. tanyalah hati...


kini...dengan hanya RM18 (sebulan) mengandungi 21bj...
kita mampu merancang keluarga kita sendiri malah mendapat byk lagi manfaat untuk kebaikan anda ...
suami pun sayang (ini yang dah kahwin je akan rasa kelebihannya...)

meh whatsapp Cik Den
013-3994764
013-3994764
013-3994764

ok...jom kita sama-sama sihat 

love,
Cik Den