Saturday, September 12, 2015

30 hari

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

hari ni...actually bukan lah hari ni...exact date untuk 30 hari ialah 11 september since Afiqah lahir on 11 Ogos 2015 pukul 1.08pagi..

setelah dua hari berhempas pulas menahan kesakitan akhirnya Afiqah lahir dengan ceaser kaedahnya. Allah Maha mengetahui, jadi nak meratap kesihan menahan kesakitan yang berpanjangan itu adalah tidak bagus. lantas cara yang paling bagus ialah redha dan terima seadanya, walaupun cser, 2 hari punya kesakitan itu ibarat ini ialah anak yang terakhir ye, jangan di mimpi untuk kelahiran seterusnya.
tapi mana mungkin, insya allah kalau ada rezeki lagi 3 ke 4 tahun kita cuba lagi...

Aqilah dulu emergency cser, sebab bila bukaan 3cm doktor detect Aqilah dah berak dalam perut then doktor tanpa rasa bersalah buat semua nurse kat PAC tu kelam kabut, sekejapan je baju Cik Den ditukar, tangan dicucuk untuk masuk air, cucuk apa ntah lagi, lepas tu suruh tandatangan dgn tangan tangan kiri bagaikan tiada saat seterusnya untuk tandatangan. Cik Den maintain je relax tengok kekecohan doktor dan nurse yang bagaikan halilintar buat macam-macam.

Afiqah pulak, on Sunday evening Cik Den dah pergi hospital sebab malamnya Cik Den da rasa sakit lain macam, masih boleh tidur tapi sakit nye hanya Allah yang Maha mengetahui. Sakitnya lajak sampai ke pagi, lepas tu Cik Den balik AU 4 sebab takut apa-apa jadi kan. tapi bila sampai AU 4, sakitnya boleh di kawal. petang tu datang sakit balik dan Cik Den pergi hospital tapi bukaan baru 1cm. Cik Den pon balik.

tapi bila kat rumah, malam tu sakitnya mencanak-canak, duduk tak boleh, berdiri tak boleh, baring tak boleh, segala nya tak boleh la. bila rasa sakit je Cik Den masuk toilet basahkan perut. hihihihi...itu boleh la melegakan sikit tahap kesakitan sambil menangis teresak-esak. pagi tu lepas breakfast terus pergi hospital, bukaan dah 4cm dan kena la masuk labour room.

labour room penuh, jadi nurse suruh lelepak kat PAC jap sambil tunggu katil dan monitor bukaan dan CTG. detect bukaan 4cm pukul9, pukul4 ptg baru boleh masuk labour room. lama tak lama la tunggu kan sambil menahan kesakitan. tapi xpe sebab tengok orang lain yang lagi sakit menyebabkan kesakitan diri sendiri tu dilupakan. bila dah masuk labour room bukaan 5cm, nurse pecahkan air ketuban, tapi duduk dekat dalam labour room macam duduk dalam hape. sebab bila sakit Cik Den tak boleh buat apa-apa selain pegang katil dan suami. apakah hazabnya ya allah. nurse tak bagi pergi toilet, tak bagi berdiri, tak bagi jalan, melepek la kat atas katil tu.

bila nurse tak ada, Cik Den automatik berdiri atas katil...hahahahah...sakit oiiiiii...masa tu tak fikir apa dah...dalam kepala otak fikir apa lagi yang aku boleh buat untuk hilangkan kesakitan ni...tu yang macam zombie tu. dari pukul 4 sampai pukul 1 pagi, berbekalkan 2 kali induce, jalan maintain 6cm. doktor taknak tunggu lagi sebab Cik Den pernah ada one prev scar. maksimum boleh induce hanya 2 kali dan maksimum hours boleh tunggu jalan buka ialah 8 jam sahaja. walaupun CTG cantik tapi doktor tetap btau Cik Den kena pi hambat ke OT dan dan tu jugak.

Cik Den pon pasrah la sebab dengan sakit yang tak tertahan tu, Cik Den serah je la pada Allah. kalau itu takdirnya Cik Den mintak semoga baby Cik Den selamat, cukup sifat dan sempurna akal. itu sahaja.

Czer kali ni Cik Den teridur dalam OT sebab kesan morfin yang Cik Den ingatkan ubat tahan sakit masa kat dalam Labour room tu sebenarnya ubat khayal....choiiiii...jadi, czer kali ni Cik Den relax je tdo walaupun sebelum czer doktor bagitahu segala risiko czer tu tapi kuasa tidur sangat kuat. Cik Den terjaga bila nurse kejut untuk tengok jantina baby. lepas dah tgk jantina baby, Cik Den selamat tidur.

lepas tu, Cik Den tersedar bila satu badan ni di tampar-tampar, di pukul-pukul. macam kan hape je time tu. rupanya, doktor-doktor pakar tu tengah berebut-rebut dengan nurse-nurse tu untuk cari urat. Cik Den siap tanya doktor apa yang kecoh-kecoh ni, sebab doktor cucuk beriya-iya sampai lebam-lebam dua-dua belah tangan ni di buatnya. then doktor bagitahu Cik Den tumpah darah almost 1.3 liter. lepas tu Hb drop sampai 5 ke 6 camtu. tu yang doktor tu sedaya upaya selamatkan Cik Den. tapi gagal jugak cari uratnya, kena bawak pergi observation room baru jumpa uratnya.

masa Aqilah dulu pon tumpah darah jugak 1 liter, yang Afiqah almost 1.3liter. doktor sound siap-siap deliver yang ke3 kena prepare sebab mungkin akan tumpah darah lagi banyak. al kisahnye sebab rahim lambat kecut.

tapi syukur, Cik Den dan baby selamat. dah 30 hari dah pun. 2 minggu pertama pantang kat AU 4, lepas tu sambung pantang sendiri kat seri kembangan. itupun sebab Aqilah asyik la gaduh dengan paman and cousin dia. jadi dari sakit kepala jom la kita balik rumah sendiri.

ok nanti sambung lagi kes jaundice less than 24 hours

No comments:

Post a Comment