Saturday, September 12, 2015

30 hari

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

hari ni...actually bukan lah hari ni...exact date untuk 30 hari ialah 11 september since Afiqah lahir on 11 Ogos 2015 pukul 1.08pagi..

setelah dua hari berhempas pulas menahan kesakitan akhirnya Afiqah lahir dengan ceaser kaedahnya. Allah Maha mengetahui, jadi nak meratap kesihan menahan kesakitan yang berpanjangan itu adalah tidak bagus. lantas cara yang paling bagus ialah redha dan terima seadanya, walaupun cser, 2 hari punya kesakitan itu ibarat ini ialah anak yang terakhir ye, jangan di mimpi untuk kelahiran seterusnya.
tapi mana mungkin, insya allah kalau ada rezeki lagi 3 ke 4 tahun kita cuba lagi...

Aqilah dulu emergency cser, sebab bila bukaan 3cm doktor detect Aqilah dah berak dalam perut then doktor tanpa rasa bersalah buat semua nurse kat PAC tu kelam kabut, sekejapan je baju Cik Den ditukar, tangan dicucuk untuk masuk air, cucuk apa ntah lagi, lepas tu suruh tandatangan dgn tangan tangan kiri bagaikan tiada saat seterusnya untuk tandatangan. Cik Den maintain je relax tengok kekecohan doktor dan nurse yang bagaikan halilintar buat macam-macam.

Afiqah pulak, on Sunday evening Cik Den dah pergi hospital sebab malamnya Cik Den da rasa sakit lain macam, masih boleh tidur tapi sakit nye hanya Allah yang Maha mengetahui. Sakitnya lajak sampai ke pagi, lepas tu Cik Den balik AU 4 sebab takut apa-apa jadi kan. tapi bila sampai AU 4, sakitnya boleh di kawal. petang tu datang sakit balik dan Cik Den pergi hospital tapi bukaan baru 1cm. Cik Den pon balik.

tapi bila kat rumah, malam tu sakitnya mencanak-canak, duduk tak boleh, berdiri tak boleh, baring tak boleh, segala nya tak boleh la. bila rasa sakit je Cik Den masuk toilet basahkan perut. hihihihi...itu boleh la melegakan sikit tahap kesakitan sambil menangis teresak-esak. pagi tu lepas breakfast terus pergi hospital, bukaan dah 4cm dan kena la masuk labour room.

labour room penuh, jadi nurse suruh lelepak kat PAC jap sambil tunggu katil dan monitor bukaan dan CTG. detect bukaan 4cm pukul9, pukul4 ptg baru boleh masuk labour room. lama tak lama la tunggu kan sambil menahan kesakitan. tapi xpe sebab tengok orang lain yang lagi sakit menyebabkan kesakitan diri sendiri tu dilupakan. bila dah masuk labour room bukaan 5cm, nurse pecahkan air ketuban, tapi duduk dekat dalam labour room macam duduk dalam hape. sebab bila sakit Cik Den tak boleh buat apa-apa selain pegang katil dan suami. apakah hazabnya ya allah. nurse tak bagi pergi toilet, tak bagi berdiri, tak bagi jalan, melepek la kat atas katil tu.

bila nurse tak ada, Cik Den automatik berdiri atas katil...hahahahah...sakit oiiiiii...masa tu tak fikir apa dah...dalam kepala otak fikir apa lagi yang aku boleh buat untuk hilangkan kesakitan ni...tu yang macam zombie tu. dari pukul 4 sampai pukul 1 pagi, berbekalkan 2 kali induce, jalan maintain 6cm. doktor taknak tunggu lagi sebab Cik Den pernah ada one prev scar. maksimum boleh induce hanya 2 kali dan maksimum hours boleh tunggu jalan buka ialah 8 jam sahaja. walaupun CTG cantik tapi doktor tetap btau Cik Den kena pi hambat ke OT dan dan tu jugak.

Cik Den pon pasrah la sebab dengan sakit yang tak tertahan tu, Cik Den serah je la pada Allah. kalau itu takdirnya Cik Den mintak semoga baby Cik Den selamat, cukup sifat dan sempurna akal. itu sahaja.

Czer kali ni Cik Den teridur dalam OT sebab kesan morfin yang Cik Den ingatkan ubat tahan sakit masa kat dalam Labour room tu sebenarnya ubat khayal....choiiiii...jadi, czer kali ni Cik Den relax je tdo walaupun sebelum czer doktor bagitahu segala risiko czer tu tapi kuasa tidur sangat kuat. Cik Den terjaga bila nurse kejut untuk tengok jantina baby. lepas dah tgk jantina baby, Cik Den selamat tidur.

lepas tu, Cik Den tersedar bila satu badan ni di tampar-tampar, di pukul-pukul. macam kan hape je time tu. rupanya, doktor-doktor pakar tu tengah berebut-rebut dengan nurse-nurse tu untuk cari urat. Cik Den siap tanya doktor apa yang kecoh-kecoh ni, sebab doktor cucuk beriya-iya sampai lebam-lebam dua-dua belah tangan ni di buatnya. then doktor bagitahu Cik Den tumpah darah almost 1.3 liter. lepas tu Hb drop sampai 5 ke 6 camtu. tu yang doktor tu sedaya upaya selamatkan Cik Den. tapi gagal jugak cari uratnya, kena bawak pergi observation room baru jumpa uratnya.

masa Aqilah dulu pon tumpah darah jugak 1 liter, yang Afiqah almost 1.3liter. doktor sound siap-siap deliver yang ke3 kena prepare sebab mungkin akan tumpah darah lagi banyak. al kisahnye sebab rahim lambat kecut.

tapi syukur, Cik Den dan baby selamat. dah 30 hari dah pun. 2 minggu pertama pantang kat AU 4, lepas tu sambung pantang sendiri kat seri kembangan. itupun sebab Aqilah asyik la gaduh dengan paman and cousin dia. jadi dari sakit kepala jom la kita balik rumah sendiri.

ok nanti sambung lagi kes jaundice less than 24 hours

Friday, September 11, 2015

saya jual....jadi marilah beli dengan saya.....

assalamualaikum w.b.t

dan

salam sejahtera.

ok ni nak habaq mai...

Cik Den la ni adalah dropship bagi produk Ellfie beauty dan Seqybeauty yg SAH...

apa tu Ellfie beauty? 

Apa tu Seqybeauty?

dah disahkan KKM ke?

bagus ke produk ni?

boleh percaya ke?

ingredients macam mana?

ada effect-effect menggelupas tak?

nanti kulit jadi nipis tak kalau pakai produk-produk ni?

boleh dapatkan kat mana?

ok...semua soalan di atas Cik Den jawab kat next-next entry ye....anak-anak dah bangun...

hehehe

nah teaser sketttt


ini set ellfie beauty yang tengah meletup-letup sekarang

yang ini set seqy beauty...bb cream yang paling meletup abad ini

ok nak details boleh whatsapp Cik Den 013-3994764

suri yang bekerja di rumah

assalamualaikum w.b.t

salam jumaat semua

mari meluahkan perasaan sekejap...

menjadi surirumah dan menjadi seorang yang bekerja dari rumah bukan senang ye.
siapa yang kata senang tu meh bagi tips mcm mana korang boleh bekerja dari rumah sambil handle dua anak kecil.
ini yang betul-betul kecil yang sorang asik la nangis satu jam sekali sebab nak nen. 
yang sorang lagi memang baru nak membesar nak kita sentiasa main sama-sama dengan dia,

it is very challengging!!!

perasaan bersalah tu membuak-buak bila kita tengah handle customer dan dalam waktu yang sama anak-anak mintak perhatian untuk kita main sama-sama dengan dia.

what should i do???

selalu bagi reason dekat anak, tunggu sekejap ye bonda ada kerja. tapi hoiiiiiii......setiap kali cakap macam tu rasa nak tikam jantung sendiri la...

dah jadi surirumah elok sgt dah konon  nak tengok anak membesar depan mata 24jam kan.
tapi dok buat kerja lain jugak, bukannye merap dengan anak 24 jam.

aduhai anak...
bonda rasa bersalah sangat...
maafkan bonda ye....

i love u both so strong
believe me
tak terungkap dengan perkataan

be a good daughter anak
jadi anak yg solehah
anak yang taat kepada kedua ibu bapa
bonda doakan semoga aqilah dan afiqah sentiasa di bawah lindunganNya




Wednesday, September 9, 2015

minyak ikan antara salah satu makanan kesihatan

assalamualaikum w.b.t

dari segi apa pentingnya minyak ikan sebagai makanan tambahan seharian kita?

minyak ikan selalu di dominan kan dengan khasiat Omega 3.
minyak ikan mampu membantu dalam mencegah penyakit jantung, kolestrol, kemurungan, diabetes, arthritis, alzheimer, gangguan mata serta dapat membantu dalam menurunkan berat badan, penjagaan kehamilan, kesuburan dan penjagaan kulit.

Omega Guard by Shaklee merupakan minyak ikan berkepekatan tinggi yang membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.

Omega Guard by Shaklee mengandungi EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA yang membantu fungsi perkembangan minda yang normal

setiap satu sajian Omega Guard membekalkan 990mg asid lemak Omega-3

Omega Guard dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya sepert merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan


setiap botol Omega Guard mengandungi 90 capsules
sesuai untuk
-ibu mengandung
-ibu menyusu
-anak yang sedang belajar
-menurunkan berat badan
-penjagaan kesihatan yang maksimum

boleh call Cik Den 013-3994764 untuk order

Monday, September 7, 2015

Supplement untuk kesihatan tulang yang maksimum

assalamualaikum w.b.t

dewasa ini, **perghhhhhhh....dewasa ini sgt....nak buat karangan spm ke nak buat text pidato....kah kah kah***

ok-ok...serius ni...
selalunya kalau kita fikirkan kesihatan dan cara penjagaan tulang yang kita selalu dengar ialah dengan minum susu. betul kan?
so, kepala kita da set yang nak badan kuat kena minum susu, waima daripada kita kecil lagi kita di beri susu untuk kesihatan tulang dan gigi.
tapi, semakin kita membesar, berapa gelas susu yang kita mampu minum hari-hari? 
1 atau 2 atau 3 atau 4? atau kita tak sempat pon nak minum segelas susu sehari.

siapa dekat sini masa pregnant selalu mengalami masalah gusi bedarah? 
siapa dekat sini selalu rasa kaki kebas-kebas? 
siapa dekat sini tulang selalu bunyi-bunyi?

Cik Den masa pregnantkan Aqilah dulu selalu mengalami masalah gusi berdarah. Tapi bila mengandungkan Afiqah Cik Den dah pandai dah. tau dah macam mana nak prevent daripada mengalami masalah yang sama. Cik Den makan Ostemetrix by Shaklee

so, ini lah Ostematrix yang Cik Den makan. sampai sekarang pon Cik Den makan lagi, bagus la untuk kita yang busy buat kerja rumah yang mana sentiasa menggunakan tulang empat kerat untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

sangat berbaloi untuk Cik Den amalkan supplement Ostematrix ni sebab dengan izinNya, kalau ikut cara pemakanan supplement yang betul, insya Allah Ostematrix mampu melindungi tulang dan mampu mengekalkan kecergasan tulang kita.

Ostematrix sendiri padat dengan nutrien seperti kalsium, Vitamin D, dan magnesium. so memang sesuai sangat sebagai makanan tambahan untuk kesihatan tulang.

sesuai untuk lelaki dan juga wanita ye, kalau nak belikan untuk mak-mak kita pun bagus sebab semakin meningkat usia, tahap kalsium dalam badan kita semakin berkurang untuk support tulang-tulang kita ni. beli la satu untuk mak ayah kita. kecergasan mak ayah kegembiraan kita. ye kan?

kalau nak order atau nak tau lebih lanjut boleh whatsapp Cik Den 013-3994764 ok




Saturday, September 5, 2015

set postnatal pilihan

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah Cik Den dah selamat melahirkan puteri kedua Cik Den pada 11 Ogos 2015. 
Bertarung nyawa untuk kali yang kedua ni lain ceritanya.
Nanti la Cik Den cerita ye, kalau ikutkan hati masa bertarung nyawa tu mmg seribu satu perasaan ada.
sebab sakit kan, perasaan menyesal mengandung pon ada. bahahahahaha....
tapi lepas bersalin apa jadi???
hanya mak-mak je yang tau perasaan ni...***give me 5 mak-mak, u know what i feel right....bahahahahahaha....sambung gelak lagi**

jadi set lepas bersalin apa yang Cik Den guna kali ni???

1. Set bersalin nona roguy - set bersalin ni Cik Den memang pakai dari lepas bersalinkan Aqilah dulu. sebab minyak nya tak panas. cer kalau panas, gerenti Cik Den tak beli dah.

2. Set bersalin Shaklee - why set bersalin shaklee???

sebab...walaupun Cik Den berusaha macam orang nak mati untuk cuba deliver normal, tapi Allah tu Maha Mengetahui, dah berejam menahan kesakitan sampai kan masa 6cm tu Cik Den pulun push sendiri walaupun nurse tak kasi. tapi mana la tau sambil push jalan terbuka kan....tapi tak juga terbuka....dia stuck kat 6cm tu jugak...berguling melompat la Cik Den atas katil labour room tu...tetap jugak 6cm. last-last doc kata Cik Den tak boleh tunggu lagi. wajib la operate....

dah operate ni cerita nye tak sama macam normal ye, sebab perut kita tu kan dah macam di lapah-lapah. dah kena lapah nak tunggu baik tu bila pulak?
kalau nasib baik setahun memang da fully recover. kalau Allah bagi ujian lagi, alamatnya kita pon tak tahu bila nak recover.

Jadi kita diri sendiri la yang kena ambil inisiatif untuk sihatkan diri sendiri. tak ada nye jiran sebelah nak tolong masak ke kemas rumah ke mop lantai ke kalau kita pedih sakit perut?? non hado ye, ko sakit ke sihat ke, rumah ko, ko la yg punya perhatian untuk di selesaikan.

untuk cepat baik Cik Den mmg kena upgrade la Cik Den nye makanan tambahan selain makan pati ikan haruan dan ubat-ubat bekalan yang doc bagi tu

ni set postnatal Shaklee


alamak....kenapa kabur ni???
dalam set postnatal shaklee ni kita ada

1. ESP - energy soy protein
lepas czer kita kena makan banyak protein, jgn segan silu untuk makan ikan, ayam dan makanan yg tinggi protein.
tapi tak kan sebilang masa kita nak makan ayam kan. jadi waktu minum petang or minum pagi or supper, tambah kan esp dalam bancuhan milo kita tu, selain dapat tolong baiki luka-luka dalaman, esp membantu memekatkan kualiti susu, ialah, makan protein, kita bukan makan jajan. kalau makan jajan ialah susu kita ceroi je. ni sebab makan protein baby akan cepat kenyang sebab kualiti susu kita yg menepati piawaian perut baby.

2. Vita - lea - multivitamin
vita lea ni sangat bagus untuk memulihkan kembali tahap hb bagi mak-mak yg sebelum bersalin hb mengalami masalah hb rendah tu. tapi bg Cik Den yg memang ada masalah hb rendah sebelum dan selepas bersalin, vita lea ni memang sangat-sangat membantu. at least xde la hb tu tara 7 je kan. naik la jugak 10 kadang-kadang 9 kadang-kadang naik balik 11. depends la.

oh ye, siapa beli set postnatal ngn Cik Den bulan ni, korang dapat free lagi 1 vitalea. jadi secara automatik korang akan dapat 2 vitalea. untung tak???

3. Omega guard - minyak ikan terpilih
yang ni Cik Den paling suggest untuk ibu-ibu lepas bersalin
selain kebaikan minyak ikan yang kita tau bagus untuk perkembangan otak. Omega guard ni jugak membantu membakar lemak-lemak terkumpul sepanjang kita mengandung tu.
erti kata lain, lepas habis pantang insya allah kita akan hilang 15kg. 
tapi bergantung jugak masa mengandung tu korang naik berapa kilo.
kalau macam Cik Den yg 80kg dalam tgn ni, alhamdulillah 15kg tu tutup sebelah mata je nak turunkan sebab ada omega guard. hehehehe

4. Ostemetrix - kalsium + magnesium
ini pon sangat-sangat diperlukan oleh ibu-ibu mengandung dan selepas mengandung.
cara paling cepat untuk kita bagi speed recovery untuk masalah sakit tulang dan kekurangan kalsium ialah dgn mengambil kalsium. amalkan ostemetrix insya allah kita akan di cover baik dari sakit-sakit belakang, kebas-kebas kaki dan perut masuk angin. 

5. alfalfa - milk booster
ini antara supplement favourite untuk ibu-ibu yg tgh breastfeed. selain kerja alfalfa sebagai milk booster, alfalfa ni jugak kerjanya sebagai pengurai lelemak dalam badan. so no wonder la sape yg consume set postnatal shaklee ni lps habis pantang badan cepat je kuruihhhh

6. Vitamin C
yang ni tak payah cakap la apa kerjanya ye. sah2 vitamin c ni membantu mempercepatkan penyembuhan luka-luka. 1 tablet vit c sama dengan 7 biji limau sunkist u know. jadi 

sekarang ni tgh ada promo set postnatal
ni share sebab nk bg korang semua sihat cepat
lagi-lagi yang cser tu
yang tak cser pon boleh consume set post natal ni
basic supplement je pon
mmg untuk kekal sihat dan cergas
lagi-lagi untuk mak-mak yang ada anak-anak kecik yg hyper active macam Cik Den ni kan.
supplement utk bantu cepat sembuh ni sangat-sangat la Cik Den perlukan

whatsapp Cik Den 013-3994764 untuk place order

 untuk mommy-mommy yang bakal deliver tu boleh dah kumpul satu-satu supplement each month kalau tak nak beli sekali gedebuk
tapi rugi la pulak kan sekarang tgh promotion
nak tau berapa harga runtuh yang korang bakal dapat
meh roger Cik Den k





Thursday, September 3, 2015

Makanan tambahan untuk kanak-kanak


Assalamualaikum w.b.t

hari ni Cik Den nak promote barang baik by shaklee tp untuk kanak-kanak.

selalu kita mak-mak ni macam nak anak kita serap semua zat-zat yang ada dgn bagi anak-anak kita makan makanan yg berkhasiat kan?

tapi anak kita ni pulak satu hal, elok dah makan sayur tapi kunyah separuh jalan lepas tu suruh mak tadah tangan sebab nak buang hasil kunyahan kat tangan mak. **sabor je la kan**

at least dah kunyah dapat la jugak khasiatnye kan walaupun seratnya tak dapat. 

cari pulak susu yg serba bagus kat pasaran. Susu pulak manis ya amat. kadang-kadang Cik Den konfius, bila Cik Den bagi anak Cik Den susu mahal macam S26, anmum essential, enfagrow tu kan, anak Cik Den minum laju je. Lepas tu siap request nak lagi. Cik Den pun try la rasa, kemain lagi manisnye susu ni. Betul ke susu ni bagus??? tertanya-tanya la kan sebab sekarang Cik Den bagi fernleaf 1-3 tu, tak pernah pulak anak Cik Den request nak lagi lepas habis sebotol and rasa susu fernleaf ni tidak la semanis susu-susu mahal tadi.

untuk makanan tambahan pulak, sebelum ni Cik Den tak de la bagi apa-apa supplement pon, tapi sebab nurse dekat KK kata bagi la anak multivitamin untuk tumbesaran dia. Cik Den pon pergi la farmasi utk tgk vitamin apa yg sesuai.

balik-balik champs tu ha, tapi bukan multi vitamin. setakat vitamin C je pon. lepas tu, pucuk di cita ulam mendatang, hujung tahun lepas Shaklee produce satu multivitamin untuk kanak-kanak. Cik Den pon apa lagi, try la kan..ate mmg pengguna tegar Shaklee.

So ni Cik Den nak memperkenalkan Vita Lea for children.

  • Membekalkan 18 Vitamin dan Mineral - Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak
  • Rumusan Tidak Merosakkan Gigi - Dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti
  • Perisa Anggur Yang Enak - Sedap dikunyah, pasti digemari oleh kanak-kanak

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet. * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Sekarang tengah ada promosi beli 3 free 1. 

Korang try la, share dengan kakak ke adik ke abang ke untuk anak-anak buah yg lain. manfaat nye anak2 tu kuat la sikit pertahanan badannya, kalau hingus meleleh pon at least cepat recover. korang jangan fikir kalau makan multivitamin takde dapat selesema langsung ye. salah tu.

anak-anak kita ni bagus la kalau dapat selesema, untuk diorang jugak supaya dapat build up satu antivirus baru dalam badan. cuma bila makan vitamin ni, selesema tu cepat pulih. tidak la meleret sampai sebulan, kadang-kadang 2-3 bulan.

ok2...kalau nak try meh whatsapp Cik Den, 013-3994764

macam-macam

assalamualaikum w.b.t

ha....jgn baca je dalam hati....jawab salam tu ok.. ;)

sebenarnya kepala tengah ligat berfikir. 
Machiam-machiam yang tengah difikirkan ni. 
Semua benda nak buat dalam satu masa. 
Tapi tak tahu nak start dengan yang mana dulu. 
Kalau tengah exam ni boleh serabut otak yang tengah tenang. **tapi time exam kita tenang ke? macam konfius jerrrr....**
Selalu cikgu pesan kalau dapat kertas soalan benda pertama sekali yang kita kena buat ialah tulis apa yang korang masih ingat kat dalam kepala otak tu kat kertas soalan. 
So nanti senang kalau terlupa korang boleh refer balik apa yang korang tulis tadi.
Tapi kalau korang jenis A1 nye perangai, satu buku dalam kepala otak, tak ada makna nye korang nak tulis apa yg korang teringat. baik jawab je soalan tu. kand tak pasal-pasal penuh kertas soalan tu jadi second buku rujukan.
Lain la aku, memang kirim salam la kalau nak ingat dan faham 1 buku tu. Setengah buku pon belum tentu dalam kepala. atenya study malam sebelum exam kan. mendapat la ko suku daripada suku buku tu je dalam kepala otak.
lepas tu esok nye buat-buat nervous sebab tak habis khatam satu buku.
padan la dengan muka kan. orang lain study ko tido.
mueheheheheheh :)

nak taip satu entry ni pon bukan main banyak pause nye. 
baby kecik nangis la. baby besar nak mintak peluk la.
aduinye ponnnnnn....
mak-mak macam ni la kan.
kepala serabut je macam-macam pikir. kalau boleh semua benda nak buat. siap susun dalam kepala otak mana satu nak buat dulu. tapi last-last ke laut.

haishhhhhhh **siap mengeluh ni....maksudnya ada la tu menda x setel ni.....haishhhhhhhh**

ok la. nak sambung buat kerja...pukul 12malam ye sambung buat kerja. mak-mak memang camni. anak-anak dah tidur baru boleh buat operasi.

daaaa~~